Fri Date - Me & Shasha
Jumaat , 4 November 2016 , Anis berjaya menculik salah seorang kawan baiknya iaitu Shasha Solero Nabihah untuk keluar meronda dalam Sunway Carnival Mall sambil-sambil ber-window shopping . Acewah , kami lebih suka untuk mencuci-cuci mata sahaja sebenarnya dan akhirnya membeli benda yang merapu jugak , atau kami lebih menghabiskan duit membeli makanan . food is life .
Di waktu hujan, Anis bawa kereta boleh tahan slow, sebab rasa tayar depan gelong nak ke tepi bila jalan tu penuh dengan air . That's why tak berani nak laju-laju , nanti ada jugak kena tinggal kat rumah banglo baru . Disebabkan hujan , dalam 30 minit jugak lah masa yang diambil daripada Pokok Sena ke Seberang Jaya . Sampai ja depan rumah Shasha , terus menuju ke SCM . Inilah juga kali pertama naik parking kat atas yang terpaksa lalui spiral tu , punya lah takut sebab bawa kereta manual , takut kereta terundur ke belakang sebab banyak jugak kereta yang nak naik spiral tu -.-
Perkata pertama , kami berdua turun ke level UG (underground) sebab nak makan , biasalah jam sudah menunjukkan 12.15 minit tengahari . Tapi , kaki ni melencong jugak masuk kedai yang nampak comel-comel barangan dalam nya . Rezeki hari tu , Shasha ni nak belanja satu cincin yang sama corak dengan dia , katanya sempena hadiah hari lahir Anis yang bulan lepas , 15 Okt.
Kemudian , perut berkeroncong maka lajulah kaki ni melangkah masuk dalam Pizza Hut . Kami ambik set ini , sesuai untu dimakan oleh 2 orang .
Perut kenyang . Hati senang . Jadi, bermulalah sesi cuci-cuci taik mata . Keluar dari Pizza Hut , nampak ada booth jual casing phone , memandangkan Anis tak suka sangat corak casing bunga-bunga yang dapat free tu , Anis cari yang lain .
*suka betul googlies tu*
Kemudian , masuk kedai kasut tapi keluar dengan hampanya sebab kasut yang berkenan di mata dan juga di hati dah habis saiz . Apakan daya -.-
Dah boring dalam SCM , kami terjah pulak TESCO Extra . Agenda utamanya sebab kami berdua nak jumpa lagi seorang kawan . Sambil tunggu dia datang , Anis apa lagi buat tawaf la dalam Watsons situ memandangkan dekat SCM , Watsons tengah diperbaiki . Then , terbeli lah pulak benda ni
*dah lama sebenarnya nak main lukis kening*
*asyik guna jenis foam saja, nak try pulak yang gel ni*
Dah siap beli , masuk pulak dalam Mr.DIY . Kedai ni sebenarnya mengajar ku erti kesabaran, barang dalam kedai ni banyak betul yang comel-comel . Tak boleh handle ni . Sebab tu lah monster ni dah ada tuan baru .
*anda juga boleh memilikinya selepas membayar RM11.90*
*hati hati monster ni gigit jari tau*
Tujuan utama beli monster ni sebab nak suruh dia jagakan duit, kad pengenalan dan lesen memandu . Malas nak bawak purse besar-besar kalau setakat nak pergi pasar malam bagai , jadi bawa saja monster ni nanti dia gigit jari siapa yang nak mencuri tu hehehe ~
Mesti ada yang ingat badan monster ni keras kan ? Absolutely not . Badan monster tu macam jelly je sebenarnya .
Baiklah . Tamat sudah sesi mengabiskan duit di luar . Oh dan Anis dah hantar mangsa penculikan pulang ke rumahnya jam 4.30 petang . Cukuplah hampir 5 jam culik anak orang .
11 LOVE(S)
hehe samalahhh ! pantang nampak benda comeyy huhuhu
ReplyDeleteaha mmg ! kalau nampak mcm nak grab semua
Deletecomelnyaaa monster tu! hihi
ReplyDeleteni liyana tak tengok warna lain banyak lagi comel
DeleteComelnye monster tu.. sampaikan pesan kat dia ye, jaga barang tuan dia elok²
ReplyDeletemonster: ya saya akan jaga smua brg tu elok2 ^^
Deletethat monster is sooo cuteee -.- jealous ni haha eh dah ada jenis gel ke? baru tahu sbb dah lamak tak guna nano white fresh. lepas ni nak review pls hahaha :)
ReplyDeleterasa mcm dah nak masuk 3 bulan produk yang gel tu release , insyaAllah akan datang nnti
Deletesama la kalau jak nmpk comel sambar jak terus
ReplyDeletecomelnya wallet tu
ReplyDeletenak jugak
hahaha
nanti cari kat mr d.i.y tau ! kat situ ada banyak lagi warna lain smua comel comel
DeleteThank you for dropping your thoughts and have a nice day! 😉