Fri Date - Me & Shasha
by
A N I S
- Monday, November 07, 2016

Jumaat , 4 November 2016 , Anis berjaya menculik salah seorang kawan baiknya iaitu Shasha Solero Nabihah untuk keluar meronda dalam Sunway Carnival Mall sambil-sambil ber-window shopping . Acewah , kami lebih suka untuk mencuci-cuci mata sahaja sebenarnya dan akhirnya membeli benda yang merapu jugak , atau kami lebih menghabiskan duit membeli makanan . food is life .
Di waktu hujan, Anis bawa kereta boleh tahan slow, sebab rasa tayar depan gelong nak ke tepi bila jalan tu penuh dengan air . That's why tak berani nak laju-laju , nanti ada jugak kena tinggal kat rumah banglo baru . Disebabkan hujan , dalam 30 minit jugak lah masa yang diambil daripada Pokok Sena ke Seberang Jaya . Sampai ja depan rumah Shasha , terus menuju ke SCM . Inilah juga kali pertama naik parking kat atas yang terpaksa lalui spiral tu , punya lah takut sebab bawa kereta manual , takut kereta terundur ke belakang sebab banyak jugak kereta yang nak naik spiral tu -.-
Perkata pertama , kami berdua turun ke level UG (underground) sebab nak makan , biasalah jam sudah menunjukkan 12.15 minit tengahari . Tapi , kaki ni melencong jugak masuk kedai yang nampak comel-comel barangan dalam nya . Rezeki hari tu , Shasha ni nak belanja satu cincin yang sama corak dengan dia , katanya sempena hadiah hari lahir Anis yang bulan lepas , 15 Okt.
Kemudian , perut berkeroncong maka lajulah kaki ni melangkah masuk dalam Pizza Hut . Kami ambik set ini , sesuai untu dimakan oleh 2 orang .
Perut kenyang . Hati senang . Jadi, bermulalah sesi cuci-cuci taik mata . Keluar dari Pizza Hut , nampak ada booth jual casing phone , memandangkan Anis tak suka sangat corak casing bunga-bunga yang dapat free tu , Anis cari yang lain .
*suka betul googlies tu*
Kemudian , masuk kedai kasut tapi keluar dengan hampanya sebab kasut yang berkenan di mata dan juga di hati dah habis saiz . Apakan daya -.-
Dah boring dalam SCM , kami terjah pulak TESCO Extra . Agenda utamanya sebab kami berdua nak jumpa lagi seorang kawan . Sambil tunggu dia datang , Anis apa lagi buat tawaf la dalam Watsons situ memandangkan dekat SCM , Watsons tengah diperbaiki . Then , terbeli lah pulak benda ni
*dah lama sebenarnya nak main lukis kening*
*asyik guna jenis foam saja, nak try pulak yang gel ni*
Dah siap beli , masuk pulak dalam Mr.DIY . Kedai ni sebenarnya mengajar ku erti kesabaran, barang dalam kedai ni banyak betul yang comel-comel . Tak boleh handle ni . Sebab tu lah monster ni dah ada tuan baru .
*anda juga boleh memilikinya selepas membayar RM11.90*
*hati hati monster ni gigit jari tau*
Tujuan utama beli monster ni sebab nak suruh dia jagakan duit, kad pengenalan dan lesen memandu . Malas nak bawak purse besar-besar kalau setakat nak pergi pasar malam bagai , jadi bawa saja monster ni nanti dia gigit jari siapa yang nak mencuri tu hehehe ~
Mesti ada yang ingat badan monster ni keras kan ? Absolutely not . Badan monster tu macam jelly je sebenarnya .
Baiklah . Tamat sudah sesi mengabiskan duit di luar . Oh dan Anis dah hantar mangsa penculikan pulang ke rumahnya jam 4.30 petang . Cukuplah hampir 5 jam culik anak orang .



