It's MATTA Fair 2020 Soon!

by - Monday, February 24, 2020

moonroha

Hi everyone! Guess what? Hari ni kan Anis ada soalan yang sangat sangat penting untuk korang 😉 Tapi rasanya kalau budak kaki travel confirm tau jawapan untuk soalan ni. Okay, soalannya sejauh manakah pengetahuan korang mengenai MATTA Fair ni? Rasa-rasa macam boleh bagi jawapan tak?? 😕 Bagi yang tak boleh tu, meh sini Anis nak kongsikan jawapan kepada persoalan korang. 

Suasana di MATTA Fair
MATTA Fair ni sebenarnya merupakan sebuah pameran pelancongan yang diadakan di setiap tahun pada setiap bulan Mac dan September. Tapi untuk tahun 2020 ni, dia lewatkan sikit kepada bulan Mei disebabkan atas sebab-sebab tertentu dan hal yang tak dapat dielakkan. MATTA yang merupakan short form atau 'acronym' bagi Malaysia Association of Tour and Travel Agent ni adalah persatuan agensi-agensi pelancongan di Malaysia yang menjalankan pameran pelancongan dengan objektifnya “to promote the interest of travel and tour industry in Malaysia”. MATTA Fair ni jugak bernaung di bawah Ministry of Tourism, Arts and Culture Malaysia.
So korang lepas ni tak perlu la nak bimbang or risau, takut terbeli pakej kena tipu ke, kena kelentong dengan agensi ke. Disebabkan, organisasi ni semua ada rekod agensi-agensi yang datang sebagai pempamer. Jadi, sepanjang MATTA Fair 2020 deals and promo ni berlangsung, apa yang korang boleh expect adalah korang mungkin bakal berhadapan dengan kekeliruan dan dihantui dengan soalan mana korang nak pergi untuk bercuti ni? Semua pakej banyak tengah murah. Elok sama ada dalam atau di luar negara. Semua murah-murah 😆. So sekarang ni Anis nak tolong la korang beberapa destinasi yang jadi tumpuan pengunjung based on record dari MATTA Fair 2019.

south korea
South Korea

Untuk destinasi luar negara, rekod menunjukkan ramai pelancong yang bertumpu kepada negara-negara di Asia Tenggara. Iaitu seperti China, Korea Selatan, Jepun, Taiwan, Vietnam dan ada la jugak negara dari benua Eropah macam Turki, Itali dan Perancis. Satu lagi, antara negara yang menempatkan National Tourist Office terbesar sepanjang MATTA Fair yang lepas ialah Japan National Tourism Organization & Korea Tourism Organization. Jadi, kalau ada antara negara yang korang sangat berminat nak pergi tersenarai dalam top list ni, boleh la standby telinga untuk dengar explanation dari agensi yang berkaitan, okay?
Bagi destinasi yang dalam negara pulak, destinasi yang mendahului carta ialah Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Sabah, N. Sembilan, Pahang, Perak, Melaka, Penang dan Kedah. Lepas tu, The Largest Local State Government Tourist Office pula di sandang oleh Tourism Johor dan Sabah Tourism. So Sabah ni dah ada tersenarai dalam bucket list korang tak untuk bercuti tahun ni? Kalau ada, hold on dulu! Korang gerak ke MATTA Fair ni, survey habis-habisan. So nanti bila dah dapat yang ngam dengan bajet poket korang, baru la korang boleh grab dan berangan bercuti 😏
Sabah

Setel bab cuti luar dan dalam negara. So apa lagi? Korang rasa macam "tak kan tu aje kot?". Jangan risau! Ada lagi benda yang Anis nak share ni. Korang pernah berniat nak belanja mak dengan ayah pergi umrah tak? Tapi selalu macam lebih bajet je. Jadi apa kata korang survey pakej umrah yang ada dekat MATTA Fair ni. Jangan ingat MATTA Fair melancong nak seronok-seronok je okay. Malaysia kan salah satu negara ramai penduduk beragama Islam kan... of course la ada zon khas untuk umat Islam jugak 😊 Cuba korang semua datang dan survey dulu, bincang dengan agensi yang buat pakej umrah ni. Harga boleh tawar-tawar la sikit. insyaAllah. Kita nak bawak mak ayah, niat betul-betul, semoga dipermudahkan urusan, dilembutkan hati abang-abang yang bertugas kat booth tu.
Selain dari tu, Anis jugak ada sediakan lagi satu jalan mudah untuk korang dapatkan pakej-pakej dan promo-promo yang best selain daripada MATTA Fair. Yela. Anis paham ramai yang nak bercuti tapi kita selalu ada masalah kekangan bajet. Bila ada pameran macam ni, korang ada kekangan masa pulak nak ke sana. So Anis memperkenalkan Traveloka kepada korang! Mungkin ada yang dah tau, ada yang tak. Sama macam MATTA Fair, Traveloka jugak ada menyediakan macam-macam tawaran hebat. Daripada penginapan, destinasi-destinasi menarik, airport coach sampai la ke tiket penerbangan. Yang bestnya bab flight ticket tu la 😃 Korang just masukkan je destinasi mana korang nak pergi, banyak tau airline yang boleh jadi pilihan korang. Korang boleh jugak dapatkan affordable Jetstar flights untuk percutian korang dalam benua Asia ni. Anis yakin harga yang ditawarkan tu, korang memang tak boleh tolak. Agak murah jugak kalau nak dibanding dengan airline yang lain.

PWTC
Bagi Anis, option kat Traveloka ni lagi senang dan mudah bagi korang yang tak sukakan crowd, yang tak ada masa nak ke sana sini, lepas tu yang jauh dari PWTC ni, haa boleh la jeling-jeling sikit pakej yang ada kat situ. Bagi Anis, kat sini agak complete jugak tau! sebab dia dah ada semua dari segi penginapan, aktiviti sampai la ke pengangkutan. So korang semua jangan lupa grab okay ?

Jadi, Anis rasa sampai sini lah dulu good news yang Anis dapat kongsikan. Nanti kalau ada lagi berita bagus untuk korang, Anis akan share lagi. Lastly, semoga pejalanan kita untuk bercuti dipermudahkan, selamat dan jangan lupa jaga kesihatan korang okay ! 💗

You May Also Like

3 LOVE(S)

  1. boleh pergi matta ni je la, nk gi luar negara nnti kena corona uhuks

    ReplyDelete
  2. Dulu study di KL suka sangat pergi Matta Fair.

    ReplyDelete

Thank you for dropping some comment and have a nice day! 😉