[REVIEW] The Producers Auwww
Assalamualaikum dan salam sejahtera ,
Ehh ehhhe , bukak entry je nampak muka Kim Soo Hyun . Tsk tskk tskkk ㅠㅠ . Entah lah kenapa dia suka buat muka macam tu, baling pinggan karang hilang handsome :D hahahahaha ~~
Mohon maaf , Anis bukannya benci dia , I'm one of his fans too , cuma geram tengok dia buat muka lagu tu . *keluar dah loghat utara dia* Ok , korang dah baca kan tajuk entry ni apa , THE PRODUCERS . Sebenarnya tajuk kali diberi nama sedemikian sebab Anis nak cerita sikit tentang K-Drama entitled ' THE PRODUCERS ' ni . Drama ni bersiaran di saluran KBS 2 . Episod pertama drama ni ditayangkan adalah 15 May 2015 . Lama dah pun , 7 bulan yang lalu . Memandangkan Anis terlibat dengan SPM tahun ni , sebab tu la tak menyempat nak tengok :( Lepas habis je , drama ni lah yang first Anis tengok sampai habis . Drama ni cuma ada 13 episod . Antara yang membintangi ;
Dari kiri : IU , Cha Tae Hyun , Gong Hyo Jin , Kim Soo Hyun
Yang menariknya dalam drama ni , setiap episod memaparkan something yang perlu seorang rookie producer untuk jadi seorang producer yang mahir dan cekap dalam bidang pekerjaan diorang tu . Anis pun baru tahu sebenarnya cabaran jadi seorang PD*short form of Producer* ni sebenarnya susah . Nak take care artis lagi , syarikat artis tu pulak kadang-kadang macam banyak songeh , nak suruh jaga artis bawah dia aje , di samping tu , PD ni jugaklah yang nak kena jaga rating setiap program yang diorang conduct . Kita sebagai isi rumah hanya tahu menonton TV aje , tengok Running Man gelak terbahak-bahak , sedangkan PD Running Man sakit kepala fikir nak bagi storyline setiap episod Running Man tu menghiburkan penonton serta maintainkan rating diorang punya program . Sama aje pekerjaan setiap PD ni , tak kira la bawah SBS ke , KBS ke ;)
List episod ;
1 - The variety department, unintentionally2 - News of quitting, unintentionally3 - Pheasant instead of chicken, unintentionally4 - Acting that way, unintentionally5 - Understanding editing6 - Understanding broadcast accidents7 - Understanding media play8 - Understanding love lines9 - Understanding preemptions10 - Understanding previews11 - Understanding ratings12 - Understanding a long-running programSpecial / 13 - Understanding NGs
Watak Kim Soo Hyun dalam ni series lawak , kadang-kadang sakit hati jugak tengok, sebab dia ni sangat bendul . Well , sepatutnya dia dah jadi lawyer , tapi disebabkan dia dapat tahu yang crush dia kerja sebagai PD dekat KBS , dia pun nak join jadi PD kat situ jugak . Tapi dia sangat jujur , riak muka dia tak boleh nak tipu orang , Anis ship dia dengan IU dalam drama ni . Opps watak Kim Soo Hyun dalam ni Baek Seung Chan . Manakala IU pulak Cindy . Entah macam mana semakin lama kerja kat situ , Baek Seung Chan dah jatuh hati pulak dekat Gong Hyo Jin yang pegang watak sebagai Tak Ye Jin , yang merupakan salah seorang PD perempuan yang berjaya tahan lama bekerja kat situ dan dia lah producer bagi program muzik yang femes tu , MUSIC BANK a.k.a MUBANK >.< Tapi , dalam diam sebenarnya Tak Ye Jin ni dah jatuh hati dekat best friend dia dari kecik lagi , juga seorang producer kat KBS + senior Baek Seung Chan dalam program 2 Days 1 Night , iaitu Cha Tae Hyun as Ra Joon Mo . Tak tahu lah cerita ni ada kisah cinta entah berapa segi , mungkin lebih dari 4 ? Sebab Cindy pulak dah mula suka dekat PD Baek Seung Chan yang secara tak langsung selalu ja ada waktu Cindy kesusahan .
Anis rasa tak perlu kot nak cerita panjang lebar , sebab rasanya macam dah ramai yang dah khatam dah tengok drama ni , kan ? But yang tak layan drama Korea tu , ye memang la awak tak tengok lagi , try la tengok dulu , karang terjatuh hati pulak dengan Baek Seung Chan tu aduhhh =='
Tapi kan ending cerita ni nampaknya Baek Seung Chan dah ada common sense terhadap Cindy yang dah lama suka kat dia dan hubunan diorang berdua pun makin rapat ;) Comel betullah dua orang tu :*
Okay , I insert sikit scene-scene dalam drama ' THE PRODUCERS ' ni ;)
*Cindy's fan service*
*Baek Seung Chan tells Cindy about his analogy*
*Cindy fall more for him*
*masalah baru pulak yang datang*
*Seung Chan teringat masa childhood dia*
*boleh pulak dia terlena*
*dah sedar & ni part paling serious between these two persons*
*seronok nya Cindy*
*can you not?*
*the end*
P/S : Drama apa yang best bagi korang sekarang ni ?
0 LOVE(S)
Thank you for dropping your thoughts and have a nice day! 😉