Bersama Orang Special

by - Friday, December 18, 2015



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Yaaaa Anis di sini malam ni , masih lagi sihat walaupun agak sakit kepala bermula petang tadi . Adakah anda semua sudah tertanya - tanya apa yang Anis nak cerita ni setelah lama berdiam diri lepas SPM , maaf lah semua memang tak tahu nak update apa kat sini . Ok , back to our main topic hari ni Anis pergi hangout dengan special SANGAT . This is just like we're going for a date sebab ni memang perjumpaan kami buat pertama kali .  

Waktu tu berlaku lebih kurang 2 minggu lepas , ya waktu baru lepas 2 - 3 selepas Anis dah selamat exam Ekonomi Asas yang merupakan paper last SPM hari Rabu 2 Disember 2015 :) Ya akan ku ingat sampai bila bila tarikh keramat tuhhh :0 

Baik , baik , waktu tu petang mungkin dalam jam 3 barangkali , seperti biasa la orang yang takde kerja ni , hobi dia selalunya main phone aje , tapi Anis tak tahu nak main apa ngan phone tu , game pun tak muat dah nak download masuk ==' Anis cuma selalu online whatsapp je sebab kitorang punya close member ada tubuhkan satu group so mudah la sikit nak bersembang daripada SMS , banyak telan perbelanjaan tu . That time , one of my friend cakap " Wehh jom nak join tak program yang batch 98 nak buat ?" . Aku pun tanpa berfikir dua tiga kali , baik aku ikut aje tak kira la program apa pun asalkan ada benda nak dibuat cuti ni . Jadi , semua yang memang confirm nak ikut tu dan pihak yang SPECIAL pun dah bersetuju nak date 17 Disember 2015 , iaitu Khamis a.k.a HARI NI ! Jyeahh ~~

Tiga hari sebelum date , kitorang *girlsss* dah sibuk berbincang akan pakaian yang akan dikenakan pada hari ni . Nak semua sama kan , jadi kami semua pakai lah baju batch yang berwarna hijau malah ada jugak logo 'The VG' yang huduh fuhh cantik tu :*

Semua peserta nak gi dating kena berkumpul seawal 7.30 pagi di sana . /Di mana tu ?\ Yang sebenar-benarnya pihak yang dikatakan SPECIAL itu adalah merujuk kepada kanak-kanak yang menetap di Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti yang terletak di negeri Pulau Pinang ;) Diorang amat special , aku bangga melihat diorang yang tabah menempuh cabaran hidup ni walaupun serba kekurangan dalam aspek kehidupan . Come on adik-adik memang yang terbaiklah !! Akak suka , akak bagi 10 bintang *jom simpan dalam poket DORA

Yalah memang girlssss aje yang betul sampai mulai 7.30 pagi , yang boysss paling awal 7.55 baru nampak batang hidung tu pun tak tahulah mancung ke tak >.< ohh abaikan tentang hidung mereka , lepas dah semua orang sampai , kami pun berkumpul dalam dewan , dan sesi ice-breaking bermula setelah mendengar sepatah dua kata daripada pihak pengurusan ataupun 'ibu' mereka . Pada mulanya , ketua feci pun tak tahu macam mana nak tackle hati anak-anak ini , mujurlah atas bantuan gula-gula yang dibawa dari rumahku dapat menarik perhatian diorang yang suka rosakkan gigi + makan cekelat dalam kuantiti yang banyak :(

Ohh yeah gula-gula sememangnya membantu untuk tarik perhatian mereka tu dan lama kelamaan kanak-kanak tu sudah pandai bergaul dengan kami semua dan sudah tidak segan silu untuk bercakap dan buat semua aktiviti yang kitorang anjurkan . Waktu awal pagi , para fasilitator diminta untuk mengajarkan mereka tentang cara yang betul untuk berwudhu' , rukun solat , buat praktikal solat serta mendengar anak-anak tersebut membaca surah Al-Fatihah . Bukan anak-anak tu tak tahu segala benda ni , cumanya kanak-kanak ni senang kita nak memperbetulkan sesuatu yang dia telah tersalah faham mengikut teori terpesong sendiri .  Baik sekiranya kita ubah waktu diorang masih kecil ni , macam perpatah sendiri mengatakan ;

MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA

Lepas habis semua-semua tu , kami berhenti untuk makan tengahari dan sambung solat Zohor berjemaah dan sambung dengan aktiviti lain selepas itu . Kami ada mendengar sedikit taklimat tentang penjagaan diri daripada salah seorang guru sekolah Anis yang turut serta dalam program siang tadi :) Lepas habis je taklimat tu , kitorang bersuka ria di padang pulak sebab ada SUKANEKA ^^ Punyalah happy budak-budak tu sebab dapat main , tapi rasa lain ja hati ni bila ada salah seorang daripada adik-adik di bawah kumpulan Anis tanya "Kakak , esok kakak datang lagi kan? Esok kita main cari ceklat dalam tepung nak?" Aku tak tau nak balas apa dan pastinya hanya perkataan "YA" sahaja yang mampu terkeluar .

Ok cukup jangan nak bersedih - sedih , takpa satu hari nanti ada jodoh kita berjumpa lagi ye adik ^^ 

 *awan tadi dalam jam 5.15 petang*

Ada banyak game yang kitorang main tadi , cuma tak terfikir la pulak nak snap gambar sebab masing masing dah serabut kepala dengan anak-anak yang suka berlari ni , aktif betul dia bab-bab nak main ni . Tapi yang budak lelaki sorang tadi dengan rela hati diconteng mukanya sebab didenda , tak marah pulak dia siap suruh Anis buat corak apa ntah kat pipi dia :O Lepas habis je main game , semua orang kena berhenti dan solat Asar :) Lepas solat , kitorang ada program memanah la pulak dengan diorang tu TT.TT ahh teringin nak cuba tapi tak kesampaian tadi sebab terpaksa layan budak-budak tu yang ecxited tengok kamera Anis dan nak tergelak jugak la diorang siap buat giliran lagi siapa nak cuba snap gambar guna kamera Anis . Aduhaii anak-anak *i wanna laugh too*

 

Dan disebabkan diorang nak sangat ambil gambar tapi syaratnya ialah anak-anak yang ada di bawah jagaan Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti ini sebenarnya adalah dibawah mahkamah setiap urusan mereka . Jadi , kami tidak dibenarkan untuk mengambil gambar diorang , *hanya dibenarkan untuk laporan,tapi mesti blur kan muka diorang* betapa kita mesti jaga diorang punya profile . Haaa nampak tak SPECIAL nya tu , nanti diorang dah umur 18 tahun , semua dah bebas untuk membawa haluan masing-masing . Mungkin masa tu lah agaknya baru aku dapat update gambar dengan diorang *mampu buat throwback dalam masa 10-13 tahun akan datang sila tunggu dalam IG Anis dalam masa tu* Nahh , ni diorang paksa kakak-kakak gojes ni untuk jadi model ^^

*ni la akak-akak cun yg sanggup jadi model diorang, tiada Anis dlm gambar*

Dan masa pulak tak habis-habis nak cemburu , berlalu dengan pantas pulak tu ... tak sempat nak rasa lama waktu berada dengan kanak-kanak ni . Jam 6 petang , upacara penutupan dimulakan dan penyampaian hadiah yang amat dinanti-nantikan oleh adik-adik tadi berjalan lancar :) Happy betul diorang dapat hadiah , memang dah dok tenung je hamper tu sejak kitorang datang awal pagi tadi tu haa . Lepas je majlis berakhir , ni la masanya adik-adik datang mintak nombor telefon kakak-kakak, bila ditanya , diorang takda telefon pun sebenarnya , tapi diorang cakap nak telefon kakak guna public phone yang ada kat sekolah . Kakak rasa terharu sangat dik . Kakak akan cuba sedaya upaya untuk jawab panggilan tu kalau diizinkan Allah :)

Jam 6.40 petang baru , Anis sangkakan dah Maghrib , sebab awan gelap sangat dan ertinya apa ? mahu hujan la apa lagi . Abah datang dan Anis pun dah macam separuh nyawa je tinggal terlena dalam kereta kejap sementara nak sampai rumah lebih kurang 10-15 minit dari RKKTB tersenut .


Pengajarannya ialah semua manusia perlu bersyukur dengan setiap kurniaan yang Allah bagi , kadang-kadang kita selalu ja rasa macam kita tak cukup macam-macam benda dalam hidup , kita sentiasa nak guna barangan berjenama, kita selalu nak bersaing tak mahu nampak lekeh depan kawan-kawan , tapi tolonglah pusing diri anda ke belakang serta diri Anis sendiri , lihat banyak lagi orang menderita di belakang kamu , bukan setakat tak mampu nak dapatkan barangan kehendak, malah barangan keperluan pun masih dicatu :(


P/S : best gile sebenarnya dapat habiskan masa sepagi , setengahari & sepetang dgn diorang

*hanya mampu tunjukkan gambar kaki Anis je*

You May Also Like

1 LOVE(S)

Thank you for dropping your thoughts and have a nice day! 😉