Macam Mana Nak Kenal Diri Sendiri ?

by - Friday, December 18, 2015

*comel kan ? tapi tu bukan anis , tu yeri of RED VELVET*

Assalamualaikum dan salam sejahtera , 

Wahh dah berapa hari Anis tak update blog ni . Recently , Anis sibuk menyibukkan diri sendiri . Dah lepas SPM ni , even tak da benda yang nak buat pun , tapi susah jugak nak update blog selalu . Tapi , dalam masa lapang ni , Anis memang sempat baca buku-buku yang dibeli waktu sebelum SPM lagi . Sekarang la masa yang sesuai nak belek semua buku-buku tu . Jadi , Anis nak share ngan korang semua serba sikit apa yang Anis dapat daripada buku tu . This is more to gain our confident and stay positive with ourselves . Jom teruskan pembacaan :)

Dalam buku tu dia cakap yang ;

Lagi banyak kita kenal diri sendiri, lagi mudah kita dapat mengawal diri sendiri supaya hidup kita akan sentiasa tenang dan jauh daripada masalah kerungsingan . 

Jadi , korang semua dah tahu ke macam mana kita nak kenal diri sendir atau korang dah kenal diri koran sendiri dengan menenung wajah korang dekat depan cermin sampai 20 minit ? emm boleh jugak ke guna cara tu >.< 


SELF-AWARENESS ( KENALI DIRI SENDIRI )

  • Kenali Emosi Dalam Diri Sendiri
Bab ni korang kena pandai selidik setiap tanda - tanda yang boleh buat korang punya emosi terganggu , contoh-contoh emosi yang selalu kita ada : bahagia , marah , kecewa , sedih & curiga . Bila kita pandai dant tahu emosi kita selalu macam mana , so lebih senang lepas ni kalau kita nak kawal emosi tu 

  • Kenali Kekuatan & Batasan Diri 
Ok , apa yang Anis faham adalah tentang kita punya background dari kecik , semua orang ada ajar kita yang kita tak boleh riak dan kena selalu merendah diri , memang betul la tu tapi tak semestinya bila kita merendah diri bermakna kita lemah . Kadang-kadang kita tak suka nak akui kelebihan diri sendiri sebab risau akan dianggap sombong dan bangga diri , riak and so on . Tapi , bila nak berjaya kita kena pandai seimbangkan semua ni sebab ada kalanya kita memang kena merendah diri dan ada masa kita kena bijak menonjolkan kelebihan atau kemampuan yang kita ada .


  • Kenali Perkara Yang Kamu Sukai Dan Sebaliknya
Kita mesti tahu semua benda yang buat kita tak suka dan suka sebab bila kita selalu buat perkara yang kita suka , kita mampu untuk memupuk minat dan keinginan dalam diri sendiri untuk jadi yang terbaik ! dan bila kita buat benda yang kita tak suka , mesti kita akan rasa tertekan , tension , stress semua la . JANGAN BIARKAN PERKARA YG KITA TAK SUKA ROSAKKAN MOOD KITA YANG TENGAH BAIK + BAGUS NI .


  • Kembangkan Kemampuan Diri Sendiri 
Berdasarkan semua kemampuan yang kita ada ni , kita kena lebih berusaha untuk mengembangkannya dan tonjolkan sikap menghargai diri sendiri sebab ni penting untuk mencapai hidup yang bahagia gitu .


  • Percaya Kata Hati
Percaya lah pada hati kita sendiri sebab kata hati tak pernah nak berbohong ;)


SELF-MANAGEMENT ( MENGURUSKAN DIRI )

  • Kendali Emosi
Kalu nak diri sendiri bahagia , kita sepatutnya bijak dalam bab-bab kawal emosi dengan baik ni. Kalau sifat marah pulak , sifat tu secara fitrahnya ada dalam diri masing-masing , tapi kalau kita biarkan emosi marah sentiasa mempengaruhi diri sendiri , nanti lama-lama orang lain akan mula untuk berpandangan negatif terhadap diri kita . Diorang pun mula untuk menjauhi manusia yang suka marah-marah ni :(

  • Jaga Norma-Norma Kejujuran
Mesti kita akan rasa lebih tenang , pastu hidup pun lebih bahagia kan bila kita tak pernah menipu atau bercakap bohong dengan orang lain . Lepas tu , kita akan rasa yang kita senang , tak payah nak buat talam dua ka sepuluh muka tak pun hipokrit untuk raih simpati orang lain .

  • Tanggungjawab Pada Diri 
Ni semua orang kena buat , ye la kalau bukan diri sendiri nak bertanggungjawab , siapa lagi yang nak bertanggungjawab atas diri kita ni ? Buat benda yang bermanfaat pun adalah salah satu cara bertanggungjawab terhadap diri sendiri sebenarnya .

  • Terima Perubahan
Ya , kita kena terima segala perubahan yang berlaku di sekeliling . Sikap kita yang mudah terima dan sesuaikan diri sendiri dengan perubahan pada diri atau pun sekeliling ni akan buatkan pergaulan diri kita dengan kawan kawan lebih rapat , sampai la satu tahap even kita baru ja kenal someone tu , tapi kita boleh rapat macam isi ngan kuku dengan orang tu ^^

  • Bersikap Terbuka
Kalau kita seorang yang bersikap terbuka dan sentiasa ikuti peredaran masa , kita boleh menjadi seorang remaja yang berjaya dan semestinya bahagia lagi :) Bukan je kita akan mudah rapat dengan orang lain di sekeliling , orang lain tak akan cakap yang kita seorang yang 'katak di bawag tempurung'.


MOTIVATION ( SOKONGAN DALAM DIRI )

  • Beri Dorongan Kepada Diri Sendiri
Sekiranya kalau diri kita sendiri bagi sokongan dan dorongan kepada hati untuk mempunyai hidup yang lebih baik , sempurna dan bahagia , pasti hidup lepas ni akan lebih ceria dan kita jugak akan jadi seorang yang lebig kreatif dan tak membosankan .

  • Sesuaikan Mengikut Persekitaran
Untuk sesuaikan diri dengan orang baru , persekitaran baru , kita kena ada tahap keyakinan yang tinggi , barulah dapat cepat sesuaikan diri walaupun di mana kita berada .

  •  Ingatlah , Kesempatan Hanya Sekali
Apa yang penting kat sini adalah kita kena sentiasa 'get ready' dalam masa untuk mencapai dan memenuhi segala kesempatan yang kita ada . Peluang selalunya tak datang pada kali kedua . Pisang pun tak berbuah dua kali .

  • Gigih Hadapi Cabaran
Kalaulah kita seorang yang gigih dalam menempuh setiap cabaran yang datang , konfem cabaran tu dah jadi senang , senipis kulit kacang tanah .

  • Pupuk Kemampuan Untuk Bangkit
Disebabkan tak semua usaha yang kita akan datangkan kebahagiaan , tapi bila kita dapat dorongan dalam diri semakin berkembang, kita mula berani nak bangkit semula daripada kegagalan dan kita dah mampu terima macam-macam dugaan yang datang sebagai dorongan untuk terus berjuang untuk jadi orang yang bahagia dan positif .


P/S : disebabkan Anis baca buku tu , jadi ayat pun cam baku , sebab kalau tak baku , macam mana korang nam faham ? lagi satu , entry ni dah lama dah tulis dalam seminggu lepas , tapi baru nak publish :(

You May Also Like

5 LOVE(S)

  1. thnx for the tips. sesuai sangat entry anis masa ni~

    ReplyDelete
  2. Kalau masih tak kenal diri macam mana ni ?? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah susah tu kalau kita sendiri tak tahu diri kita ni macam mana , apa kata diya ambil masa terluang untuk fikirkan apa yang diya rasai sekarang ni ;)

      Delete
  3. apa tajuk buku ni? macam menarik. cadang nak cari :)

    ReplyDelete

Thank you for dropping your thoughts and have a nice day! 😉