Bukit Bendera & Wonderfood Museum

by - Tuesday, June 18, 2019


I'm back! To tell you how much I'm having fun with the other two👧 in Penang 💖Memandangkan week 14 (10-16 Jun 2019), Anis cuma ada kelas hari Selasa & Rabu, so that Khamis nak jalan-jalan la pulak 😆 and disebabkan my roommate from Perak datang tumpang tidur kat rumah, boleh la bawak dia sight-seeing Penang kan 😏 Anis sendiri yang stay Penang pun jarang dapat makan angin kat sebelah pulau sana 😑


Sebenarnya dah rancang nak gi jalan-jalan before cuti raya haritu, tapi bila dah hari kejadian, hmm biasalah kan ada yang tak dapat nak join, that's why I hate planning 💩 Nak marah dia sebab dia tak ikut, mana boleh kan 😬 maka sudahnya kami bertiga je lah yang tinggal 🙌

Anis naik KTM dari Tasek Gelugor ke Butterworth, asalnya nak suruh abah hantarkan ke Penang Sentral tapi cam kesian pulak mana tahu busy ke apa, so naik je lah KTM pukul 7.53pagi, sampai Butterworth dalam 8.14 pagi dengan harga tambang cuma RM 1.30 bagi yang dewasa. Then, kitorang jalan kaki masuk dalam Penang Sentral, naik kat level 2 untuk terus masuk ke bahagian feri. Tambang feri untuk pejalan kaki memang murah daripada dulu lagi kena bayar sorang RM 1.20 je kalau dewasa.

Alhamdulillah pagi tu feri tak delay, so pukul 9 pagi dah dapat naik feri then berlepas 🙆 

atas feri pulau pinang

Sampai je dekat jetty sebelah sana, terus kitorang cari bas yang nak ke Bukit Bendera, bas nombor 204 tau. Don't worry kat sana ada tv yang akan display bas sampai pukul berapa dengan senarai destinasi serta no plat bas tu sekali. Macam wow jugak lah sebab selama ni stesen bas hambar je pastu selalu tak ada maklumat banyak tentang bas.

Bahagian nak penat naik bas ni sebab kitorang 1 jam tau dalam bas daripada stesen bas dekat jetty tu baru nak sampai Bukit Bendera, nasib teringat tambang dia yang murah, RM 2 tu.

Turun je depan Bukit Bendera terus masuk beli tiket, dewasa RM 12 setiap orang. Ingatkan dapat lah rate student, rupanya tak boleh. Nak harga student kena datang dengan rombongan sekolah yang ramai-ramai tu ye.

anis jalan jalan bukit bendera

Seronok betul bila dah sampai kat atas sebab udara dia nyaman sangat + sejuk 💙 sejuk tu bagi Anis tak lah sampai memerlukan sweater 😷 time tu sampai kat atas dah pukul 10 lebih, lagi seronok kalau time pukul 7 pagi dah ada kat atas, mesti lagi sejuk 😸

anis jalan-jalan bukit bendera

Rasa macam semua gambar ambil kat sana cam tak senonoh, tak lawa 😞

anis jalan-jalan bukit bendera

Kitorang mula-mula cam kecewa tak ada gambar kenangan bertiga kat atas Bukit Bendera tu, tapi tiba-tiba terjumpa junior sekolah pulak 😜 yeayy penyelamat kitorang 🙈 nak mintak tolong orang lain semua nya foreigner, segan tau


Kalau nak stay lama-lama kat atas Bukit Bendera tu pun boleh, sebab kat sana ada masjid 👌👍

anis jalan-jalan penang

Daripada pagi keluar rumah, kitorang tak breakfast berat, just sempat minum air je so makan tengahari dekat atas sini jugak. Anis pesan nasi goreng ayam and my friend, order nasi goreng tomyam malangnya masin sangat 😫 tak tahu lah nak tergelak pun ada sebab daripada pagi kat rumah dia lagi nasib dia tak menyebelahi dia 🙊 Harga makanan kat atas tu memang mahal sikit faham lah ye bukan senang nak angkut bahan-bahan lagi. So far yang paling terliur tengok bingsu yang jual kat sana. Semua nampak sedap-sedap tapi kitorang tak beli pun sebab tahu dah mesti makan tak habis 💆

anis jalan-jalan penang
Ni semua hiasan je dibuat daripada lilin
Almost lupa about this lock! hahaha better bawa your own sebab kalau nak beli kat sana memang mahal gila !😘💥

After dah puas pusing kat atas, we decide to pergi Wonderfood Museum. Reason pergi situ sebab nak tengok betul ke laksa ada orang makan dengan nenas 😂 sangat lah tak munasabah 😹 kami semua minat makan sebab tu lah nak pergi tempat yang ada kaitan ngan makanan je

Sampai dekat museum tu, nasib dapat guna student punya rate, so sorang RM10. Eehh lupa pulak nak ambil gambar pintu masuk museum tu, sorry guys 😅

Best sangat masuk situ, banyak jenis makanan kita boleh nampak and all of it nampak so real! 😍

anis jalan-jalan penang

anis jalan-jalan penang

What do you think ? Hebat kan siapa yang cipta those replicas 👍

anis jalan-jalan penang
Cendol
anis jalan-jalan penang
Rojak
Selain daripada replika makanan, ada jugak replika suasana masyarakat kita sewaktu membeli makanan ikut kaum. Gambar ni antara salah satu contohnya,

wonderfood museum

anis jalan-jalan penang

Don't worry dalam Wonderfood Museum ni bukan museum yang membosankan sebab ada banyak props yang korang boleh ambil gambar and sometimes ada pekerja kat situ yang akan suggest korang patut buat gaya apa 😊 For me, dekat level bawah staff kat situ friendly jugak, tapi after naik kat level atas museum tu, hmmm I don't know lah, staff dia penat ke apa tapi jangan lah sampai jeling-jeling tengok orang. Terus hilang mood nak ambil gambar havoc kat situ 😶 spoil mood orang betul

Nak kata tempat tu barang-barang dia tak boleh sentuh, but tak ada signboard pun macam kat level bawah 😑 Sudahnya kitorang duduk kat atas sekejap je then dah lalu semua lorong terus rasa nak keluar 🙎

Sampai situ je lah kitorang tawaf Wonderfood Museum. Destinasi seterusnya saya malas nak cerita sebab kitorang just bersiar-siar naik basikal kat lorong-lorong yang ada lukisan tu je, then pergi makan pasembur kat Padang Kota.

Let me list berapa banyak duit dah terkorban pada hari kejadian

Komuter Tasek Gelugor ➙ Butterworth RM 1.30 
Ferry RM 1.20
Bas from Jetty George Town ➙ Bukit Bendera RM 2
Keretapi Bukit Bendera RM 12 
Nasi goreng ayam RM 6 
ABC RM 5 
Grab from Bukit Bendera ➙ Wonderfood Museum RM 12 (RM 4 sorang)
Wonderfood Museum's ticket RM 10 (student rate) 
Bicycle rental fee RM 8Pasembur RM 15 (makan share 3 org)

Yep I think that's all, ada lah lagi belanja benda remeh-remeh macam beli air mineral tapi tak perlu kot nak nyatakan kat situ. Sorry guys Anis memang tak pandai nak bercerita, mampu letak gambar je 😅 harap tak buat korang annoyed 😟

You May Also Like

11 LOVE(S)

  1. pi wonderfood museum tu kan, tgk semua mknn cm real, mcm nak makan betul betul haha

    ReplyDelete
  2. you did great writing this. chill nya. rindu nak lepak macam ni. muzium tu pon nampak interesting sangatt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh thank you! anis ni sangat lah tak pandai bercerita sebenarnya T_T

      hmm datang lah jalan-jalan penang, ada bnyk muzium lain yg interesting tau kat sini !

      Delete
  3. BESTNYAAAAAAAAAA..Lawa do gambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe best sangat wehh jalan-jalan! thank youu for the compliment, rasa cam bedal je ambik, asal ada kenangan gambar

      Delete
  4. seronoknya dapat jenjalannn

    ReplyDelete
  5. Pergi penang dec 17, tpi syg bukit bendera ttp sebb under renovate..hurm..kna mai lagih ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh tahun lepas tu.. memang awak patut datang lagi sebab banyak juga attraction baru atas bukit bendera tu 🤩

      Delete

Thank you for dropping some comment and have a nice day! 😉