Serius Macam Jakun

by - Friday, March 18, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera ,

Hi guys ! Don't you been missing mehh ? Okay tak pe lah kalau tak rindu , tapi aku rindu nak update blog berjela - jela ni ~ Korang dengar je lah ye . 

So , guys Isnin lepas Anis menjadi macam salah satu peribahasa Melayu kita , that is 'seperti rusa masuk kampung' ohh adakah benar peribahasa itu ? Disebabkan pada hair itu merupakan hari pertama Anis dapat merasai pengalaman menaiki sebuah kereta api , bahkan yang laju itu ! 

KTM ETS adalah satu perkhidmatan kereta api antara bandar dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad menggunakan unit berganda elektrik. 

Anis naik kereta api tu daripada Butterworth, Penang - KL Central . Harga tiket lebih kurang RM59 . Kalau kanak-kanak dan warga emas which is 60 tahun ke atas pulak harganya RM34 . *betulkan saya kalau silap, sebab dah lupa ni* . Perkhidmatan diorang sangat terbaik ! Cuma yang lack sikit waktu hari tu coc yang Anis duduk ada prob air con sikit , so coc kurang sejuk berbanding coc-coc yang lain.

*Anis dalam coc E*

*Skrin yang tunjukkan tahap kelajuan train & tak habis-habis ulang Tom&Jerry*

Kalau tak salah ETS ni ada 6 gerabak rasanya . Di coc C ada surau , tandas dan jugak kafe . Antara menu yang diorang sediakan , maggi hot cup , nasi lemak , bihun goreng and minuman panas *this is the only menu I can remember* Tapi haritu diorang cuma ada nasi lemak and bihun goreng je to serve ==' So I choose to try their 'bihun goreng' . 

*bihun goreng yg di microwave kan RM5.90 each but seriously yummy !*

Kelajuan kereta api maksimum adalah 160 km/h . Memandangkan hari Isnin lepas cuaca tak berapa nak elok jadi max yang dia bawak cuma 144 km/h . Laju dah tu sebenornye , rasa sekejap sangat sampai dah stesyen demi stesyen . Rasa macam sedap je kalau tidur even air conditioner tak berfungsi dengan baik sebab memang kesejukan boleh dirasai ! 

*Aku dan buku berpisah tiada, acewahh padahal mcm dibuai suruh tidur je*

*power supply bawah seat korang! Boleh lah on laptop or charge phone*

*pemandangan di luar yang menenangkan*

Dalam masa 3 jam 50 minit kami pun tiba di KL Central ~ Rasa sekejap je punggung pun tak panas lagi duduk atas kerusi tu hahaha opps ! Kalau lah sebegini keselesaan yang dapat dirasai naik ETS ni , rasanya kalau travel ke mana-mana boleh lah naik lagi ! 

P/S : Maaf kalau ada typo !

You May Also Like

14 LOVE(S)

  1. Wahh ! bestnyaaa ! Tapi mana lagi murah? ETS ke bas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang lah jugak harga sbb haritu naik bas dalam 55 ringgit

      Delete
  2. perghh bila lah nak guna kereta api ni T_T nak jugak ada pengalaman guna. kalau sy mmg akan ambil gambar kat sekeliling jelah sambil makan. feeling2 gitu hahahaha lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhah nnti bila kelapangan try lahh :)

      Delete
  3. takde masa lagi nak try tapi memang teringin sangat nak naik cuma takut kesejukkan haha T^T

    ReplyDelete
  4. 59 ? gulpp. baru cadang nak pegi kl naik ets dri buterworth. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk buat mcm mna , perkhidmatan best , harga pun best lah =='

      Delete
  5. Assalamualaikum Bella,

    Lepas baca post Bella terus teringin naik ETS.. Seronok juga sekali sekala naik train.. :-)

    ReplyDelete
  6. Saya pun pernah naik dah, dari Butterworth ke Kamunting, Tiket dia just 7 ringgit seorang, maybe just dekat kot.. tapi xdelah dekat sgt.. Penang ke Perak kowtt.. Mcm x percaya ke.. Laju tu memang laju.. Takut je sebab boleh nampak pemandangan luar.. hehe

    ReplyDelete
  7. Oklah tuu harga dia. Tapi kalau naik dr kedah harga dia dlm RM 70/80 .. Xberbaloi rasanya utk naik.. Huhu .. Tp teringin jugak nak naik ETS.

    ReplyDelete

Thank you for dropping some comment and have a nice day! 😉