Akhirnya ! Aku Dah Balas Dendam

by - Tuesday, March 01, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera ,


Setelah 10 hari tak berstory mory ngan korang semua , tiba-tiba buat comeback dengan tajuk macam ergggghh macam teruknya aku berdendam . Ceritanya begini , 

Minggu lepas 23 Februari 2016 , aku telah book untuk test JPJ di Melati , Bukit Minyak . Aku pun pergi la habiskan saki baki hari yang dah nak dekat test tu pi tempat latihan , like almost everyday and kulit pun warna macam nak rentung ehh bertona je teruk , tak rentung lagi . Ahh memang nervous gila malam tu asyik dok fikir macam mana kalau time aku buat RPK nanti aku lupa benda apa dalam boots kereta tu ==' 

Masa sampai je kat Melati tu , rasa macam nak terbuang segala air , kecil ke besar ke , pastu rasa senak perut gila - gila punya . Lepas daftar , dapat tag nama , and why must aku dapat no awal sangat ???!!! Nombor 10 . Redha aje lah , pastu lepas dengar taklimat pendek , and isi borang , aku kena tunggu giliran untuk test Bahagian 3 dahulu , iaitu memandu di jalan raya bersama pakcik JPJ >.< Masuk-masuk je dalam kereta rasa sesak nak bernafas , apa yang selama ni perkara yang aku ingat nak kena buat habis terlupa , dah baca indicator dekat dashboard pun terketar-ketar . lepas tu pakcik tu cakap "Ehh dah dah cepat sikit!" Maka aku pun terus jalan lah , lepas dah siap semua , time nak hantar borang tu pekerja Melati tu cakap aku LULUS . Okay LULUS Bahagian 3 baru . Selak - selak balik borang tu nasib baik pegawai JPJ tadi tak tolak markah benda-benda yang aku tak buat tadi pehhhh 

Pastu kena tunggu lagi giliran nak buat RPK pulak , memandangkan 23 Feb tu memang calon terlampau ramai , macam 1000 orang pun ada , sebab nampak manusia berjalan di merata tempat dan disebabkan itu lah pegawai JPJ ni memang dengar tak dengar je kami semua check body kereta tu , selamat la jugak :D huahuahuahua ~~~

And the last part , ujian dalam litar ==' I was really scared of that bukit sebab ramai jugak calon yang gagal kat situ sebab kereta terundur ke belakang hua >.< Aku pun buat la dengan perasaan nervous yang aku cuba sedaya upaya untuk bertenang . Emm naik ok , dah siap tarik hand break , but part yang naik spoil tu waktu nak turun , I guess minyak kurang and menyebabkan kereta tu tak berat , so aku pun ikut tertungging ke belakang . Waktu tu , memang dalam kepala otak blur gila macam "Apa aku buat tadi ? Kereta aku ke belakang ? Alamak , nak kena ulang lagi la nampak gayanya . Ehh tak pa jugak , ada lagi sorang kawan aku gagal cam ni gak !" 

Aku pun daftar semula nak ulang pada minggu ni , iaitu hari ni Selasa , 1 Mac 2016 . Rasa nervous dah kurang berbanding dengan minggu sebelumnya memandangkan aku terfikir yang aku tak perlu bawak kereta di sebelah pakcik JPJ tu , lega banyak-banyak. Harini , aku cuma perlu buat semula RPK , dan dalam litar sahaja . Harini , memang aku tekan gila minyak tu biarlah nak berkepoi-kepoi ke asap dari ekzos tu janji aku dah tak mau undur ke belakang lagi . Nyahh kau !!! *Sebenarnya dari minggu lepas lagi , aku dah berazam nak rosakkan aje kereta tu sebab seat pun senget , seatbelt besar dia dah separuh dari yang asal , tak leh nak tarik bagi panjang dah , pastu mmm bnyk lah kedho'ifan dia*  Aha , tak jadi la balas dendam sebab I dapat LULUS hari ni ^^ huehuehuehue 4 MAC dapat lah lesen P . 

Tapi , walaupun begitu , hayat dia panjang lagi nampak lah kot nampak gayanya , dan dia berbuat jasa kepada aku dengan meluluskan aku tambah-tambah lagi harini pekerja Melati tu tak tau lah telan ubat apa yang menyebabkan diorang take care gila calon-calon bukan macam minggu lepas , cari aje kesalahan para calon    TT__TT  

Sekian , cerita ini langsung tak ada ciri-ciri dendam kesumat . 

P/S : Sila abaikan segala typo , sebab aku dah kembali bersemangat nak tulis blog ni ^^ 

You May Also Like

5 LOVE(S)

  1. Hahaha mati2 la klik sbb ingatkan ape la td. Chaiyok for next test.

    ReplyDelete
  2. Masa sy 1st test both litar dan jalan raya fail haha xD 2nd test baru lulus. Time 1st test tu dekat litar gagal di Parking. And macam awak juga, serious memang ramai lah orang. Lebih kurang 4 jam lepas buat dekat litar baru dapat test utk j.raya. Memang spoil lah mood sy time tu. Pukul 3 ptg lebih baru dpt buat utk j.raya. Time litar lebih kurang buat pd pukul 10 pagi. So, drive kereta tak sampai habis jalan lah sbab JPJ tu suruh patah balik. Sy pun time tu okay jer sebab memang dah malas nak drive haha xD Tahniah dah dapat lesen yer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wohh lama tu tunggu ==' tahniah jugak walau mcm mna pun dapat jugak lulus :D

      Delete
    2. Haha tu lah. Asalkan lulus. Terima kasih :)

      Delete
  3. bhahaha teringat time ambil lesen dulu. time nak naik bukit tu rasa nervous + malu semua ada sebab byk gila calon duduk kat tepi tgk2 sambil tunggu giliran diorang. kalau fail ni mmg malu ahh diorang nampak hahaha tapi alhamdulilah lulus pada kali pertama although tahap nervous dia tu dah sampai nak bergegar kereta hahahaha lol

    ReplyDelete

Thank you for dropping some comment and have a nice day! 😉