Time Syaitan Keluar Berkeliaran

by - Sunday, February 07, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera ,


Kali ni nak share dengan korang jugak daripada sesi pembacaan ? waktu 3 tahun lepas , belek-belek almari jumpa artikel yang pernah baca and rasa macam korang pun patut tahu semua benda yang macam ini jugak dan cuba elakkan buat aktiviti di luar waktu-waktu yang sebegini .

Waktu matahari terbenam ataupun yang kita cakap waktu maghrib ni adalah waktu jin , syaitan dan iblis keluar berkeliaran . Apabila tiba waktu ni , umat Islam disuruh oleh Nabi Muhammad supaya tutup tingkap dan pintu rumah masing-masing . Anak-anak pula disuruh balik dan duduk dalam rumah je . Waktu malam adalah merupakan waktu di mana makhluk halus yang jahat ini jadi aktif . 

Ada jugak pendapat yang mengatakan malam itu merupakan kegelapan . Ya lah jugak kan , sebab malam sudah tak ada cahaya matahari yang menerangi *aceeeewah* . Jadi , waktu malam lah jin , syaitan , iblis kumpulkan kekuatan mereka semaksimum habis pada waktu malam yang gelap ni . Tapi , Allah jugak dah ajar dah kita supaya kita berlindung dengan kekuasaaan-Nya daripada kejahatan semua makhluk , kejahatan yang datang bersama malam yang gelap , kejahatan sihir dan kejahatan orang yang mempunyai hasad dengki seperti dalam surah al-Falaq

Malam dan gelap ni memang dikenali sebagai simbol kejahatan . Korang tengok la , orang datang merompak rumah orang pun selalunya pukul 3-4 pagi , gelap dan semua orang tidur dah time tu . Sementara tu , kucing , ayam , burung gagak dan kambing yang berwarna hitam menjadi alat ataupun simbol dalam pengamalan ilmu sihir di banyak tempat . Nak tahu tak ? yang penyembah-penyembah syaitan di negara Eropah dan Amerika juga mengambil warna hitam sebagai warna rasmi dan kambing hitam sebagai jelmaan iblis . Kumpulan BLACK METAL pun dikaitkan dengan fahaman yang sebegini . 

Seram ke baca ? No kan ? Bye ~~ 

Sumber ; Perangi Sihir

You May Also Like

6 LOVE(S)

Thank you for dropping your thoughts and have a nice day! 😉