6 Makanan Hilangkan Rasa Moody

by - Tuesday, January 19, 2016



Assalamualaikum dan salam sejahtera , 


Selamat tengah hari semua ^^ Bagi sesiapa yang tengah rasa moody ni , jom baca entry ringkas ni tentang makanan yang boleh korang release segala tension yang menapak dalam minda korang dan perasaan moody semua tu :)
  • Coklat hitam 

Semua orang mesti suka sangat makan coklat kan ? Tak betul ? Dulu-dulu sampai rongak kan gigi tu hehehehe tak ngaku pulak ~~ *joking* Waktu rasa macam moody ni , pastu rasa tak tentu arah pulak , try korang makan coklat . Tapi kalau time tu korang rasa bad mood dan stress gila , disarankan ambik dark chocolate / coklat hitam *sama la tu beza nya english malay ja* sebab coklat gelap ni mampu untuk kurangkan hormon stres cortisol dan lagi satu catecholamines . Coklat jugak mampu untuk jadikan kita lebih bersemangat untuk teruskan aktiviti harian .

  • Bayam
*yang hijau aje tu bayam*

Asam folik boleh kurangkan homocysteine dalam tubuh badan kita . Kandungan homocysteine yang tinggi dalam tubuh badan akan ganggu kita punya fungsi pembuluh darah dan proses bekalan nutrisi ke bahagian sistem saraf otak. Lepas tu , otak mulalah tak dapat nak beri respon perintah dengan lebih cepat , membuatkan seseorang lebih lambat nak fikir dan susah nak beri tumpuan . Kandungan asam folik yang ada dalam sayur bayam , memang diakui boleh turunkan kandungan homocysteine dalam badan manusia . 

  • Epal  

Ok , korang punya tingkah laku dah tak betul dah sebab mood yang tak stabil , so korang kena makan makanan yang ada karbohidrat , protein dan jugak lemak tapi masih dalam kategori sihat untuk tambah tenaga . Jadi , epal lah yang terbaik sebagai pilihan makanan yang korang kena ambil untuk buangkan rasa celaru keliru haru biru dalam diri tu ye . 

  • Burger ikan salmon 

Korang kena try makan ni pulak , tambah-tambah kalau time korang moody tu time tengah hari , burger ikan salmon ni sangat kaya dengan omega-3 yang boleh kurangkan korang punya stres dan gelisah .

  • Teh hijau
*nampak ja mcm ni, tapi sedap*

Korang kena minum ni tambah-tambah kalau time tu memang tengah membara betul marah , stres , sebab kandungan theanine dalam teh hijau ni dapat tenangkan fikiran . Cuba tau nanti ^^

  • Bijirin dan susu segar 

Kandungan yang terdapat dalam bijirin ni dipercayai boleh tambah pengeluaran serotonin , dan hormon yang boleh jadikan korang punya perasaan jadi lebih tenang , rileks dan bahagia gitu >.< So jangan ingat orang makan bijirin ni sesuai untuk breakfast aje ye .


P/S : Harap korang boleh buangkan moody tu ye dengan makan , tapi jangan sampai mok mok pulak XD


You May Also Like

5 LOVE(S)

  1. kadang kadang tak buat apa pun rasa stress gila aishh kunyah kitkat je

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah skrg ni tak buat apa pun tapi stress still datang ==' dtg sbb suruh kita buat bnda berfaedah la kot ? kau mkn kitkat ? bak sikit isma

      Delete
  2. coklat dan burger tu best :3

    ReplyDelete
  3. Biasa kalau bad mood atau stress saya makan coklat..tapi kalau terlampau stress plak saya nangis je..huaaaa..

    http://qiyasaad.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. coklat is the best ^^ tu la kadang2 stress sgt smpai nangis , makan pun dah tak lalu

      Delete

Thank you for dropping some comment and have a nice day! 😉