[ Tips ] Elakkan Gigit Kuku

by - Monday, August 05, 2013


 
Asalamualaikum .

Hai . Anda telah selamat sampai di klinik gigi Doktor Anis Nabilah .  Saya merupakan doktor yang paling terkenal dekat area ni . Masuk semua , sebelum gigi anda semua saya korek . *I'm creepy , right ? 

Alololo . Jangan takut . Mana doktor bajet femes tu ? Cat Crown is here . Ok . Stop . Merapu . Hari ni , Anis nak kongsikan pasal kuku , gigit kuku . Tabiat ni selalu orang buat kan ? Sampai sesetengah orang tu sendiri tak tahu cara nak berhenti daripada buat tabiat tu . So , jom baca entry ni sampai habis , untuk mengetahui cara untuk berhenti gigit kuku serta kesan orang suka gigit kuku .

Kesan tabiat gigit kuku : 

  • Bentuk kuku akan berubah menjadi rosak teruk hingga nampak pelik dan kotor .
  • Hujung jari akan jadi merah dan pedih seperti dicucuh api .
  • Kulit sekitar kuku akan terkoyak sehingga membolehkan kuman dan bakteria berjangkit ke dalam kulit di bahagian kuku .
  • Menjadikan gigi retak dan sumbing malah jika gusi cedera ketika mengigit kuku , jangkitan bakteria akan berlaku pada gusi . 
  • Keracunan makanan kerana dikhuatiri kuku yang digigit dijangkiti kuman .

10 cara untuk mengelakkan tabiat gigit kuku : 

  • Memakai kuku palsu berwarna - warni yang kini mempunyai pelbagai rekaan dan warna .
  • Mengunyah gula - gula getah atau memakan gula - gula . 
  • Mendapatkan sokongan daripada rakan - rakan terutamanya rakan yang mempunyai tabiat yang sama kerana kedua- duanya memahami perasaan antara satu sama lain . 
  • Stres selalunya menjadi punca seseorang menggigit kuku . Oleh itu , cari terapi seperti menghela nafas dalam - dalam atau mendapatkan rawatan spa untuk memberhentikan tabiat gigit kuku . 
  • Sentiasa lekatkan di bilik , gambar kuku yang membentuk keinginan untuk mendapatkan kuku yang cantik dan mencerminkan personaliti yang baik . 

  • Luangkan masa di hujung minggu untuk melakukan terapi kuku . Jika tidak mampu ke spa , gunakan saja cara - cara untuk merawat kuku yang dipaparkan di laman web . 
  • Sapu gel atau pengilat kuku di jari . Hal ini kerana , anda akan terasa pahit ketika menggigit kuku . ( Cara ini tidak digalakkan untuk orang Islam sebab pengilat kuku tak benarkan air mengalir di kawasan yang perlu berwudhu'
  • Cari hobi baru . Contohnya , melukis , mewarna , menjahit supaya anda dapat mengelakkan diri dari melakukan tabiat lama , gigit kuku . 
  • Mempersoalkan diri sendiri mengapa atau masalah yang menyebabkan anda menggigit kuku . Jika anda dapat mengenal pasti masalahnya , cuba mencari penyelesaiannya . 
  • Dapatkan nasihat daripada pakar jika tabiat menggigit kuku ini sudah teruk sehingga mencacatkan kuku sendiri .
" Someone should have told me it would be this hard . "

You May Also Like

0 LOVE(S)

Thank you for dropping some comment and have a nice day! 😉