Rahsia Pemilihan Warna Baju

by - Wednesday, January 20, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera ,

 
*wardrobe goalsssss*

Selamat petang semua :) Sihat tak hari ni ? Terima kasih sebelumnya sebab korang sudi view entry kali ni , sebab yang Anis perasan lately tak ramai yang datang jenguk blog , ya lah , sekarang awal tahun , dan sudah semestinya semua orang sibuk banyak benda yang nak kena diuruskan , bukan setakat menghadap depan lappy aje , macam Anis yang lepasan SPM ni ok lah , memang tak da kerja lain selain pergi kelas memandu , nothing else to do yang important semua benda yang dibuat setiap hari aje yang tinggal . OK need to stop membebel ye

Korang , rupa-rupanya warna dalam kehidupan manusia bukannya hanya sekadar untuk mewarnai hidup seseorang , tapi banyak function lain warna ni . Anda boleh bayangkan tak kalau lah dunia ini tak berwarna ? Cuma hitam dan putih macam tv yang lama-lama dulu , mestilah tak ceria , kan? Dan rasa pelik sangat sebab semua nya nampak kusam .

Dalam sebuah buku bertajuk 'The Complete Book of Colour' hasil penulisan oleh Suzy Chiazari , beliau ada berkata macam ni ;


"Alam semula jadi dikurniakan dengan warna-warni untuk keperluan fizikal dan rohani kita. Ia menyumbangkan seluruh sistem badan dengan membekalkan tenaga yang penuh hikmah dan tak boleh kurang dalam kehidupan seharian. Kita secara aktif ataupun pasif akan bertindak balas pada warna dalam segala tugasa harian ."

Jadi , mari baca yang selanjutnya tentang identiti diri korang berdasarkan warna baju yang korang suka pilih untuk dipakaikan :) But , korang boleh ambil ni sebagai iktibar dan pengetahuan macam mana diri uolllsss yang sebenarnya but not to trust it 100% . Peribadi kita mampu berubah kan ? Nak jadi lebib baik ? Jom baca SINI .

     
    HITAM
    •  Semangat yang kuat , terlalu yakin pada pendapat diri atau berdisiplin .
    • Degil dan berdikari .
    • Kelihatan matang dan menyelubungi identiti yang sebenarnya.
    • Mewakili perbuatan tidak mengaku ataupun menyerah diri pada saat-saat akhir .
    • Sentiasa ingin menolak daripada perlindungan yang kuat .
    • Dalam situasi yang tertentu menunjukkan personaliti yang mempunyai kawalan pada diri mengikut imej berkonikasi .
    MERAH
    • Mendesak , mudah dirangsang dan lincah .
    • Mempunyai cita-cita yang tinggi, apabila menginginkan sesuatu , dilakukan dengan pantas.
    • Cuba melakukan sesuatu dalam keadaan yang terbaik .
    • Tidak peka pada perasaan orang lain apabila diri menjadi tumpuan .
    • Perlu belajar menjadi pendengar yang baik .
    • Sedikit memaksa dan mudah membuat keputusan apabila bertindak dalam keadaan terdesak ataupun mencemaskan .
    • Mempunyai kelebihan yang dapat diasalurkan bagi memimpin , membangunkan ataupun mengembangkan sesuatu .
    • Berani dan peramah , namun mudah marah jika tidak dapat memenuhi kehendak. Perlu belajar bersabar .
     
    PUTIH
    • Menggabungkan semua warna yang lain dalam spektrum. Mempunyai keperibadian yang positif, matang dan optimistik .
    • Gemar menyendiri .
    • Inginkan gaya hidup sederhana dan bebas tekanan. 
    BIRU LEMBUT
    • Kreatif , mudah mengerti serta mudah sensitif .
    • Mempunyai daya imaginasi yang tinggi serta sentiasa bertindak secara praktikal dalam kehidupan .
    • Teliti dalam teguran .
    • Penasihat yang baik kerana menggunakan pengetahuan bagi menyelesaikan masalah .
    • Gemar melakukan aktiviti mengikut kesesuaian masa serta tidak suka terburu-buru.
    • Inginkan suasana selamat dan mendamaikan .
     BIRU GELAP
    • Seseorang yang cerdik , mempunyai keyakinan yang tinggi serta mempunyai perasaan yang mendalam.
    • Merasakan diri bertanggungjawab kepada orang lain serta seronok membuat pilihan .
    • Memerlukan persekitaran yang tenang , serta ingin dibelai dengan kasih sayang .
    • Mudah terganggu dengan keadaan bising .
    • Bagi yang menggemari pakaian yang berwarna ungu kebiruan pula mudah sensitif , bersimpati dan mudah dipergunakan .
     MERAH JAMBU
    • Bersikap penyayang , mencintai alam semula jadi .
    • Mudah bersimpati dan memahami .
    • Mudah menunjukkan kelemahan diri apabila gagal mengawal emosi .
    • Sentiasa memerlukan dorongan dan sokongan orang lain .
    • Sedikit keanak-anakan .
    • Sentiasa menyayangi dan menghargai diri sendiri .
    OREN
    • Mampu menguasai dan mempengaruhi sikap orang lain .
    • Tidak sabar .
    • Mudah berdikari dan mempunyai perancangan serta berdaya memotivasikan diri sendiri .
    • Bersikap praktikal dan kreatif .
    • Sangat bertenaga namun mudah gelisah .
    • Aktif dan mahu bersaing dan sentiasa periang .
    HIJAU
    • Berwaspada , berhati-hati dan tidak mudah mempercayai orang lain .
    • Sesuai dengan kehidupan yang damai sunyi . 
    • Bermurah hati , berperikemanusiaan , serta membantu orang lain mengubah sikap .
    • Dengan berpakaian berwarna hijau kebiruan , sukakan persekitaran yang aman , keinginan bagi mendapatkan ketenangan , serta bebas daripada konflik ataupun ketidakpuasan hati .
    • Mudah sensitif , jelas kelihatan dengan pandangan mata .
    KUNING 
    • Penuh minat dan perangsang .
    • Aktif dalam apa jua aktiviti . 
    • Mempunyai semangat yang tinggi dan mampu hadapi cabaran hidup .
    • Kuning cerah menggambarkan sikap yang spontan dan bijak komunikasi .
    • Sentiasa inginkan dan berharap bagi mencapai kegembiraan .
    • Idea dan pemikiran yang tinggi .
    • Sentiasa baru , moden dan mengalami perkembangan .
    • Sentiasa memerlukan ketenangan apabila konflik .
     UNGU
    • Berkebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan hati , mempunyai perasaan yang mendalam , serta bercita-cita tinggi .
    • Berkeinginan mahu berjaya dalam semua bidang dan mahu melibatkan individu lain bersama .

     
    KEPERANGAN / COKLAT

    • Bersikap jujur , bersikap realistik , sukakan gaya hidup yang berstruktur dan tolong - menolong .
    • Sentiasa membelai rasa , menghargai makanan , minuman dan juga rakan yang baik .
    • Bersifat pelindung , mungkin dengan memendamkan emosi ataupun rahsia hingga sentiasa berundur diri dan takutkan dunia luar .
    KELABU
    •  Tersendiri pendekatannya .
    • Kawalan diri yang tinggi dan sangat cenderung untuk tidak merapatkan diri dengan orang lain .
    • Suka mengasingkan diri . 
    • Selalunya menjadi orang yang membuat keputusan dan juga pengkritik yang baik .
    Well, dah habis dah semua warna-warna yang Anis nak senaraikan , jadi selamat mencair indentiti korang yanb terselit daripada pemilihan warna yang korang semua suka :)

    You May Also Like

    9 LOVE(S)

    1. suka pakai warna hitam je sbb boleh pakai tudung macam2 warna. xpandai sgt nak mix and match colour

      ReplyDelete
      Replies
      1. kan warna hitam , putih mmg senang nak match warna tudung :D

        Delete
    2. baju kasual kami banyak warna biru dan ungu, baju t-shirt banyak warna hitam, haha XD tapi kalau nak memilih baju, kami suka warna gelap-gelap hehe

      ReplyDelete
      Replies
      1. anis suka warna gelap2 jugak sebab rasa save pakai , takla jadi tumpuan sgt kalau pakai warna terang2

        Delete
    3. wah wah payah ni nk hafal semua ni hiks :p

      ReplyDelete
      Replies
      1. jenguk la entry kami ni selalu , kan senang takyah hafal :D

        Delete
    4. Akak banyak baju kaler merah ngan coklat aje...

      ReplyDelete
    5. menariknya, sy suka pilih baju warna yang lembut macam ungu dan biru lembut, kadang-kadang suka gak pakai baju hitam

      ReplyDelete

    Thank you for dropping your thoughts and have a nice day! 😉