Kau Siapa ? Sahabat ? Kawan ? Rakan ? Kenalan ?

by - Monday, January 18, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera ,

*image of best friend called F4 in Boys Over Flowers*

Selamat petang , korang sihat ? Kalau sihat , sila baca tajuk entry ni sekali lagi , bunyinya macam nak cari gaduh aje kan ? Sebenarnya tak . Saya ulang lagi sekali , tak ye . Entry kali ni sebenarnya nak tolong jelaskan kat korang semua definisi semua benda yang kat atas tu , SAHABAT , RAKAN , KAWAN , KENALAN . Waktu sebelum Anis tahu semua definisi ni , bila orang tanya sapa best friend kau ? Anis pun tak tahu nak jawab siapa . But now , you can tell and grouping all of your friends .

  • SAHABAT 
Oraang yang terdekat dengan kita selepas semua ahli keluarga yang kita ada . Walaupun kita ni tak ada apa-apa langsung hubung kait pertalian darah apa semua , tapi sahabat baik ni ada rasa bertanggungjawab terhadap kita sebagai sahabat dia :) Maksudnya , sahabat ni bukan terdiri daripada ahli keluarga kita tetapi mereka ni dapat wujudkan hubungan dengan kita macam adik-beradik sendiri . 

  • KAWAN
Kawan pulak adalah orang yang selalu berinteraksi dengan kita dan tahu serba sikit tentang diri kita . Selalunya , kawan ni biasanya terjadi bila seseorang tu menemui individu yang lain , yang ada persamaan seperti hobi , sikap , minat dan pemikiran yang sama dengan diri dia .

  • RAKAN
Rakan adalah perantaraan antara kawan dengan kenalan . Contohnya lah korang ada rakan satu tingkatan , rakan sepasukan , rakan satu sekolah and more . Selalunya rakan ni terdiri daripada orang yang boleh wujudkan sikap kerjasama di antara satu sama lain . Ada rakan yang rapat dengan kita , ada jugak rakan yang boleh kita anggap macam kawan , ada jugak yang hanya boleh kita anggap sebagai salah seorang kenalan kita , sebab kita tak rapat sangat dengan dia .

  • KENALAN
Kenalan ni pulak mungkin wujud sebagai salah seorang rakan kita . Apabila kita kenal seseorang itu sama ada dalam bentuk atau identiti dirinya yang tertentu , jadi dia dianggap kenalan . Kita pun tak dapat nak sahkan identiti atau kewujudan sebenar diorang tapi apa yang pasti mereka ini adalah orang yang pernah berinteraksi dengan kita sebelum ini .
Adakah anda semua telah faham semua istilah ni ? So korang ada tak rakan yang korang boleh label diorang macam kenalan ja ? Anis ada ramai , sebab Anis susah nak ingat muka dan nama diorang dengan cepat kalau berjumpa sekejap je . Kalau tiap-tiap hari jumpa , tak payah tengok muka pun , tengok cara dia berjalan pun , dah boleh kenal tu siapa .


You May Also Like

3 LOVE(S)

Thank you for dropping your thoughts and have a nice day! 😉