10 Tip Jadi Insan Yang Lebih Baik

by - Monday, January 18, 2016



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kita manusia memang tak sempurna , selalu ja buat salah walaupun kadang-kadang dah aware dengan apa yang nak buat kan . Tapi kalau kita cuba ubah sikit diri kita jadi yang lebih baik dan mulia , apa salahnya ? Biarkan orang lain nak kata kita nak tunjuk riak nak jadi baik ka apa ka , let them be yang penting kita teruskan niat kita nak jadi orang yang lebih baik di hari akan datang , ok stop merapu banyak-banyak , karang tersimpang sungguh 

Apa yang di share kan hari ni sebenarnya datang daripada majalah yang Anis baca , dan rasanya patut benda baik macam dibiarkan semua orang tahu :) 

  • Kembali kepada asas agama
Sudah semestinya kalau nak jadi lebih baik , benda yang paling penting adalah kembali kepada asas agama. Semua ni disebabkan Islam sendiri mendidik dan mengajar umatnya untuk jadi insan yang berakhlak mulia .


  • Banyakkan membaca buku tentang akhlak
Walaupun kita ada sikit-sikit ilmu , tapi kita kena baca lagi buku-buku yang bincangkan tentang akhlak ni , supaya kita sentiasa tersedar untuk berbuat baik pada bila-bila masa . Tak pun , kita jugak boleh baca buku-buku berkenaan sirah & buku tentang Rasulullah :)


  • Contohi akhlak Rasulullah dan para sahabat 
Contoh yang terbaik yang harus kita teladani ialah sikap yang ada pada Rasulullah :) dan para sahabat . Baginda Rasulullah perlu lah kita jadikan contoh sebagai orang yang paling berakhlak mulia sebab baginda memang seorang yang memiliki keperibadian yang tinggi .


  • Hormat orang lain tanpa mengira latar belakang
Kita kena semaikan sikap yang suka menghormati orang lain tanpa hiraukan dia punya latar belakang , tunjukkan jugak sikap tolak ansur dan bantu-membantu tanpa mengharapkan orang punya balasan .


  • Tertib dalam semua keadaan
Ini paling penting , tambah-tambah for girls , kita kena jaga kelakuan dan beradab sopan dalam semua keadaan , waktu kat sekolah , rumah , kenduri , shopping complex . Pertahankan korang punya maruah diri dan jangan sampai mudah terjebak dengan budaya asing yang tak elok .


  • Bertimbang rasa , baik hati , dan sabar
Inilah ciri-ciri orang yang berbudi bahasa . Jadi , kita kenalah tanam sikap ini ke dalam diri kita sebab ia menunjukkan bahawa kita ni seorang yang berakhlak dan berbudi bahasa gitu .


  • Guna bahasa yang sopan dan beradab
Tadi dah jaga kelakuan , sekarang yang utama jugak , kita kena jaga dan kontrol untuk guna bahasa yang sopan dan beradab ketika berkomunikasi dengan orang lain . Jangan guna bahasa kasar waktu melawak , takpun panggil orang dengan "Hoi hoi ha kau la!" nampak sangat tak beradab Jah oi .


  • Tepati masa

Ini pun satu yang kena patuh , jangan amalkan sikap 'leka' , 'suka bertangguh' , pastu janji-janji yang dibuat semuanya tak dapat ditunaikan . So , kata nak jadi orang yang lebih baik , kan ? Jadi , kita kena ubah perangai yang suka tak tepati masa ni dulu .


  • Bersedia membantu tanpa diminta
Kalau lah waktu keadaan sekeliling kita perlukan bantuan , kita tak boleh nak rasa segan nak pergi tolong , tau ! Tolonglah setakat yang korang boleh tolong .


P/S : Dah baca , jom ubah perangai pulak ^^

You May Also Like

2 LOVE(S)

Thank you for dropping your thoughts and have a nice day! 😉