Apa Yang Best Dekat Phuket ?
by
A N I S
- Sunday, April 28, 2019
Best kan kalau dapat melancong ni sebenarnya, tapi kalau rasa tak mampu nak ke Europe pergi Thailand pun best 👀 Kali ni Anis nak story pasal Phuket. Sebelum tu korang kena find the best Phuket Hotels so senang nanti sampai sana dah ada hotel. So korang teruskan membaca tau!
Susah sekali untuk Anis bagitahu korang akan apa yang perlu dilakukan if sudah sampai dekat Phuket sebab korang bebas untuk memilih destinasi pelancongan korang. Tetapi, kat sini Anis hendak kongsikan beberapa jenis permata indah yang tidak sepatutnya korang lepaskan semasa lawatan korang ke sini, dan Anis bukannya nak story pasal permata yang dijual kat kedai-kedai emas tu ye 😅. Kelebihan terbesar yang ada kat Phuket adalah aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan kat dalam dan diluar rumah yang mana ianya tidak putus-putus tidak kira hari hujan ataupun cerah. Dari yang biasa-biasa kepada sesuatu yang menakjubkan boleh ditemui, dengan pelbagai aktiviti dan tempat-tempat yang luar biasa untuk dikunjungi bagi destinasi sebesar ini.
Phang Nga Bay merupakan destinasi yang paling unik sekali. Kalau sehari ada kat sini sudah boleh jadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan pasti akan membuatkan korang berfikir sejenak dan nak datang lagi if ada peluang 😍. Phang Nga Bay mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri dan teluk ini adalah tebing batu kapur yang curam yang menegak menganjur keluar dari perairan zamrud-hijau.
Bandar Phuket pula menawarkan lebih daripada yang korang jangkakan dengan pelbagai restoran dan juga tempat-tempat menarik penduduk tempatan. Gabungan unik seni bina kolonial dan Cina membentuk permandangan unik yang ketara, membuatkan petang korang akan jadi lebih menarik dan seolah-olah tak dapat dilupakan dengan menghabiskan masa berjalan-jalan di sekitar Old Phuket Town ini. Boleh dilihat dari sebahagian besar selatan Phuket, Big Buddha adalah sesuatu yang baru kat pulau ini. Imej tersebut berdiri megah kat bahagian atas perbanjaran bukit Nakkerd dan memandang ke bawah bagi Chalong, Kata dan Rawai. ianya menelan belanja 30 juta baht untuk dibina dan setinggi 45 meter. Tinggi betul kan ? 😵
Dinasihatkan korang untuk memakai krim sunblock dengan SPF 50 kerana kadar UV kat Phuket sangat tinggi. Sinar UV ini boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan kalau korang terdedah secara beterusan untuk tempoh yang lama tanpa apa-apa perlindungan. Krim sunblock atau krim sunscreen tidak melindungi kulit korang daripada terbakar dan menjadi gelap. Kalau korang risau kulit korang menjadi gelap atau terbakar, dinasihatkan untuk menutup kulit korang dengan kain.
Phuket ini asalnya sebuah kawasan perlombongan bijih timah yang terkenal. Kemuncaknya pada abad ke-19. Pada waktu tu, pedagang dari Eropah dan pelombong dari China datang beramai-ramai ke Phuket untuk bersama-sama meraih nikmat limpahan bijih timah. Kedatangan mereka membawa sekali budaya asal. Jadi proses asimilasi membawa kepada pembinaan bangunan rumah kedai yang bercirikan Sino-Portugis yang masih kekal teguh hingga ke hari ini malah dibaik pulih dan dicat semula menjadikannya instagrammable 😍. Sebahagiannya telah ditukar fungsinya menjadi bar, kafe dan rumah tetamu ataupun hotel. Dekat Thalang Road pulak ada kedai pakaian yang menjual kebaya Nyonya. Guess what? Cuma 180 baht sahaja untuk sehelai baju! Tapi tak pastilah pula disulam mesin ke tangan. Lokasi yang meriah bermula jam 6 petang ialah Soi Rommanee. Lorong ini menemukan Thalang Road dengan Dibuk Road. Dengarnya Jazz Show diadakan pada Ahad terakhir setiap bulan kat sini tetapi hanya waktu peak season sahaja, itupun bermula jam 9 malam. Woah best jugak ni 😆
Kemudian, ada tiga tempat membeli-belah yang besar. Kat Patong ada Jungceylon shopping mall. Jauh sikit ada Central Festival dan Phuket Premium Outlet. Pasar malam kat sebelah Banzaan Fresh Market tu aje. Nak beli t-shirt boleh cari kat Madunan Chehteek. Mereka supply t-shirt berkualiti ke shopping mall tetapi yang dijual kat kedai mereka lebih murah dan sangat banyak pilihan. Rasanya t-shirt kat sini menggunakan saiz US jadi korang kena beli satu atau dua saiz lebih kecil. Cenderahati dan makanan banyak kat one-stop-centre, Pornthip Phuket, tak jauh dari Madunan Chekteek tetapi dekat jalan yang bertentangan. So apa lagi korang start la buat online hotel booking untuk dapat rate yang best. Nanti after bercuti dekat Phuket, bolehlah share story korang okay 😄