[ Tips ] Bibir Pecah !
by
A N I S
- Tuesday, November 19, 2013
Assalamualaikum .
Hooollllla ! Meet u again . Lama gila rasanya tak update apa - apa pun . Dah lah blog ni macam makin tak menarik ja , kan ? So , hari ni Anis nak share tentang nak elakkan jadi ulser dalam mulut tu ha . Enjoy your reading here , okay ?
Punca terjadinya ulser :
Kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit , terkena makanan tajam , air yang terlalu panas .
Kekurangan zat dalam makanan yang diambil .
Tekanan perasaan ( stress ) .
Alahan kepada makanan seperti nanas .
Penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman .
Pengambilan ubat ( steroid boleh menyebabkan daya tahan sakit menurun , manakala anti-histamine seperti ubat selsema boleh menyebabkan mulut jadi kering ) .
Alahan / reaksi alergik
Faktor keturunan
Langkah mengelak ulser :
- Kurangkan makanan yang terlalu berempah .
- Ambil mineral zink dan zat besi .
- Letak sedikit ais di tempat yang terkena ulser .
- Gunakan antiseptik untuk berkumur .
- Kurangkan air berasid .
- Minum air dengan banyak .
- Banyakkan vitamin C dalam pemakanan , sayur - sayuran hijau dan buah - buahan .
- Vitamin A dan D penting untuk kesihatan lapisan mulut .
- Elakkan daripada tekanana perasaan dengan mengambil vitamin B kompleks atau Arcalion .
- Tambah pengambilan asid folik dan vitamin B12 .
Petua hilangkan ulser :
- Berkumur dengan air garam .
- Lekapkan tempat ulser dengan kepingan asam keping atau asam gelugur .
- Minum air barli suam .
- Sapukan dengan madu asli .
- Sapukan marjerin ke bahagian terkena ulser .
- Sapu dengan ubat gigi .
Okay , siapa yang lepas ni mungkin terkena ulser , bolehlah mencuba apa yang telah diberitahu tadi . In a nutshell , kita kena la jugak minum air dalam kuantiti yang banyak , untuk mengelakkan bibir berdarah dan ulser ni . Jaga kesihatan waktu cuti ni , tau ?