Nano White Fresh

by - Monday, December 28, 2015

Mula-mula brand NANO WHITE FRESH dilancarkan pada bulan April lepas . Waktu tu , produk ni cuma terdiri daripada 3 benda ja pada mulanya , 

 
  • Foam cleanser
  • Mattifying Moisturiser 
  • Dark Spot Corrector 
 Antara bahan-bahan paling utama dalam setiap jenis yang atas ni ;
  • Vitamin C - to brightens dull & uneven skin tone , *jadi sesuai sgt la dengan org yg memiliki tona kulit yang tak sekata , pastu muka nampak kusam ja*
  • Sea Algae - hydrates & soften skin , *konfirm lepas ni muka licin ja*
  • Tea Tree Oil - bahan yang anti-bacteria, regulates sebum secretion , reduces pimples *maknanya dia akan prevent muka kita dari menghasilkan minyak yang terlampau banyak*
Tu lah antara bahan-bahannya , sekarang ni jom kita explore setiap satu jenis daripada NANO WHITE FRESH ni pulak ye anak-anak . Ehhh , actually nama kartun perempuan dekat botol tu namanya NINA ;D Dan untuk pengetahuan semua , Anis berani buat review ni sebab dah pakai produk sejak bulan Julai macam tu sebab ternampak packaging dia yang memang cute :)

1) FOAM CLEANSER
Ni merupakan pencuci muka . Suka hati korang la nak cuci muka nak guna skill yang macam mana , tapi penggunaan pencuci muka pun kena had kan tau ! takkan la kalau sehari mandi 3 kali , setiap kali mandi nak cuci muka , ye idok ? *tak tahu la korang punya time cuci muka bila* maaf , jangan bash saya >..< Kita tak boleh guna pencuci muka dengan terlampau kerap dalam masa sehari sebab nanti kulit kita akan produce lagi banyak minyak pulak , mula-mula objektif nak pakai pencuci muka sebab nak buang minyak , karang tak pasal semakin bertambah pulak jadinya , kan ? Antara kelebihan pencuci muka jenama ni , dia akan mencuci dan membersihkan korang punya liang pori yang tersumbat tu , and membanteras kulit muka korang yang terlampau berminyak *banteras dngar mcm polis dak ? hehehe* Pastu , pencuci muka ni jugak akan buatkan korang punya skin lebih cerah berseri gitu . Cara nak guna macam biasa la , basahkan sikit muka tu dulu , pastu picitkan sikit setakat mana yg korang nak guna , then , tonyoh la kat muka korang :) *bunyi cam kasar ja*

MY VIEW :
Serius best gial *sampai typo* gila ! Waktu cuci muka , then waktu bilaskan muka dengan air , rasa muka berangin sangat-sangat ^^ lepas lap je muka , rasa kulit lebih lembut aaaa cam tu ahhh . Dan paling penting nak tahu produk ni sesuai ke tak dengan Anis , Anis takkan rasa pedih lepas guna pencuci muka sesuatu produk tu :) Sesuai lah dengan nama brand , memang rasa FRESH lepas guna pencuci dia . Saya bagi 10 bintang :*

2) DARK SPOT CORRECTOR
This is the dark spot corrector ? Apa kegunaan dia ni ? Ok , dah nama pun corrector kan , jadi benda will help you dengan kurangkan minyak yang di produce , i mean minyak yang berlebihan dekat muka , pastukan bantu hilangkan bintik-bintik hitam , jerawat , pastu nanti bila dah lama-lama pakai, insyaAllah hilanglah benda-benda tu semua :) Tapi , lepas pakai corrector ni , korang kena guna lagi satu benda , iaitu moisturiser .Cara nak guna pulak macam ni , picitkan sikit gel tu kat atas tangan , dan sapu dekat mana-mana bintik atau parut jerawat yang suka melepak lagi walau setelah diahalau kat muka kita tu ye dan mesti digunakan sebelum memakai moisturiser kalau tak , benda ni tak akan berkesan , dan gunakan ia dua kali sehari , siang dan malam ye beauty :)

MY VIEW : Corrector ni dalam bentuk liquid warna macam kehijauan *hijau-hijau aje ye bukan muntah hijau orang euwww* pastu bau dia memang bau tea tree oil tu , bagi siapa yang tak suka , sila tutup hidung hahahaha :D tak ada la busuk pun , cuma Anis takut korang kureng setuju akan baunya yang tidak sewangi pencuci muka nya . bau tea tree , biasalah , organik bagus tau !!

3) MATTIFYING MOISTURISER
 
Inilah dia moisturiser yang Anis cakap kat atas tadi tu haaa . Kita akan guna moisturiser ni lepas kita guna dark spot corrector. Actually , kalau tak nak pakai corrector tu pun boleh , so lepas cuci muka, dah boleh pakai moisturiser ni pulak . Kegunaan moisturiser ni untuk memberi kesegaran pada kulit dan jadikan tona kulit lebih sekata , pastu moisturiser jenama NANO WHITE FRESH ni sangat cepat menyerap ke dalam kulit , tak adelah nak nampak muka macam melekit ke , kan ?! Lepas korang pakai pulak , konfirm rasa kulit lembut + anjal gitu >.<  cara nak guna macam ni , lepas cuci muka + pakai corrector / tak pakai corrector , sapukan moisturiser ni dekat muka dan leher dan jauhkan daripada bahagian mata tau ! Gunakan pada waktu siang dan malam , maksudnya dua kali sehari lah ye .

MY VIEW : Suka sangat moisturiser yang ini ^^ Bau dia yang wangi rasa nak pakai lagi dan lagi dan lagi haha nampak tak obsesnya dia dengan produk yang satu ni alahaiii emm tu je la tak tau nak kata apa , sebab memang dah fall in love dengan NANO WHITE FRESH ni :D

4) ANTI DULLNESS SCRUB
Aikk ,sejak bila pulak ada lagi ni ? Tadi cakap ada TIGA ja ! Hohoho , ok , item yang keempat ni pulak sebenarnya baru dilancarkan pada bulan Oktober lepas . Waktu Anis pergi watsons time tu , ternampak yang benda baru ni , terus sambar nak beli sebab nak bagi cukup complete pakejnya ^^ takpa la jugak , mak pun tahu anak dia dah nak besar suka jaga kulit pulak sekarang , tapi korang kalau tak silap Anis untuk yang scrub ni , tak ada yang saiz kecil sikit mungkin ? sebab selalu nampak botol dia besar je ==" mungkin . tak pa , nanti Anis tengok lagi sekali . hihi :)

Apa la fungsi scrub ni ? Sebenarnya kita juga scrub ni untuk buangkan kita punya sel-sel kulit mati yang ada kat muka ni , untuk kurangkan whitehead , jadikan kulit lebih licin , cerah dan cantik , haaa macam tu lah kiranya :) Tak percaya ? Anda boleh cuba dan rasai sendiri . Nak guna ? Gosok kan scrub ni dekat muka korang yang dah dibasahkan sikit , nanti susah la nak tonyoh cek oi , urutkan dia dalam pergerakan secara bulatan tau ! dan elakkan area korang punya mata , lepas dah siap boleh bilas . TAPI MAKSIMUM GUNA 3 KALI SEMINGGU ! kalau tak , kikislah kulit muka korang :(

MY VIEW : Anis guna scrub ni cuma dua kali seminggu ja , best bila tunggu masa nak scrub muka , sebab lepas scrub rasa whitehead macam dah tercabut ikut scrub yang ditonyoh kat muka ni haa , macam nak cakap je , "Nyah kau dari kulit muka aku! Aku tak mau tengok kau kat sini lagi !" HAHAHAHAHA ~~~
 Yang bestnya , bau dia macam kacang , karang ada jugak nak kena makan ni TT>TT bau sedap sebab diperbuat daripada walnut shell ditambah pulak dengan macadamia seed oil :)

5) MIRACLE MIST
This is the latest item from NANO WHITE FRESH . Baru ja dilancarkan awal bulan Disember ni . Yang ni pun Anis dapat tahu sebab keluar pergi Watsons minggu lepas :) Rasa teruja gila ^^ Ok, korang pernah tengok tak produk yang air spray kat muka yang consist daripada dua berlainan pH value tu ? satu acidic sikit , dan satu lagi almost neutral ? Haa item yang NANO keluarkan ni lebih kurang macam itu la jugak , cuma bahan-bahan mestilah berlainan :) 

3 bahan utama mesti ada , Sea Algae , Vitamin C and Tea Tree Oil . Miracle Mist ni diperkenalkan dengan 9-in-1 function ; 
  • Minimise appearances of pores
  • Refine pores
  • Brighten skin
  • Reduce excess sebum
  • Reduce acne
  • Restore skin balance
  • Soothe acne-prone skin
  • Refresh tired skin
  • Hydrate skin for fresh, bright and radiant skin . 
Cara nak guna mist ni , lepas korang dah bersihkan muka dah apa semua tu , spray mist ni bagi rata dekat muka , dan mist ni pun boleh guna bila-bila masa bukan setakat lepas cuci muak saja , bila korang rasa muka tak bermaya , mengantuk nak terlelap sebab letih , rasa kulit kering , spray je , tapi make sure tak masuk mata ya kawan-kawan . Nanti dok seronok main spray jangankan mata , ngan lubang hidung sekali dia spray pulak , jangan . jangan . jangan . =='

MY VIEW : Anis rasa segar lepas spray mist tu , rasa kulit macam makin lembut pun ada :)

 

Korang nampak tak packaging kat atas ni ? Ni pun dah ada dijual dekat kedai , for new beginners , boleh la try dan dapatkan segera di kedai-kedai berhampiran ye semua ^^ Harga satu package ni memang murah dan sangat affordable compared bila korang beli secara berasingan , rasanya boleh save banyak gila sebab packaging ni baru dalam RM 28.XX . Kalau beli berasingan , banyak telan kos lagi akak-akak , adik-adik , abang-abang , sapa lagi Anis nak seru ni ? Kalau abang-abang nak guna jugak produk penjagaan muka , Anis suggest korang guna NANO WHITE for MEN ;)

Korang dah baca kan Anis punya view , semua nya bunyi ok ja kan ? Sebab produk ni memang sesuai dan tak meragam pun bila Anis guna :) Sebab tu la rasa tak boleh move on pakai yang lain dah . Sebelum ni Anis dah pernah pakai dah brand lain , tapi semuanya macam ada yang tak bagi respons apa-apa pun dan muka yang tona tak sekata tu tak pulih pun , ada jugak yang buat muka Anis cerah sikit , tapi makin lama haihh benda asing suka tumbuh dekat muka bila terlupa nak pakai dia walaupun sehari dua :( Sebab tu Anis fed up dan cuba yang ini pulak :) Bila dah jumpa yang sesuai , takkanlah Anis nak simply tukar dengan yang lain , kan  ? Nanti ntah apa-apa pulak yang naik ahhh tak berani nak ambik risiko muka rosak :O

Korang kalau ada apa-apa nak tanya , jangan segan silu tau ! Kita share la apa pun berasaskan pengalaman yang ada ye atau yelah kan , " MALU BERTANYA , SESAT JALAN ! "

P/S : Terima kasih sebab sudi baca entry yang panjang gila gila gila gila ni \oooo/ maaf kalau typo taip pun pukul 2 pagi kan :D

acne = jerawat
acne-prone = berjerawat
soothe = melegakan
radiant = berseri
I'm giving this
9.5/10

Hey ! Nano White Fresh sekarang ada lagi 3 produk baru ! Jom klik kat sini sebab Anis ada share sikit :)

You May Also Like

245 LOVE(S)

  1. Waa cute productt. Seriously bau scrub tu mcm kacang? hahaha. Mcm interested pula dgn the spray2 thingy ~ gonna look for it
    - Artsy le Bella

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada la bau kacang2 sikit dan manis bau dia :D

      Delete
    2. Asalammualaikum...kak...saya nak tanya lelaki blh pakai tak nano white ni

      Delete
    3. waalaikumussalam :) entah la dik tak pasti lah , tapi tak jdi masalah pun sebenarnya nak guna . ramai ja lelaki yg gunakan produk yg tak dinyatakan khusus utk kaum lelaki

      Delete
  2. gonna try next year XD habiskan dulu produk yg saya guna sekarang :D

    ReplyDelete
  3. woaa. harga dia pon agak berpatutan :D kene try ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnti kalau dah try , jgn lupa buat review jugak :D

      Delete
  4. Kalau tak pakai cleanser takpa ke ? Ke kena ada ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak pakai cleanser drpd jenama yg ini pun boleh kalau tak nak guna langsung cleanser tu takpa . cleanser tu tak kisah pun cuma guna nak cuci muka drpd kotoran , minyak . ada jugak someone yg hnya guna jenama nano yg moisturizer shj and dia guna tu utk sebelum dia make up :D

      Delete
  5. Slm....nk tnye...klu yg dah umur 24...nk guna jgk bole ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh aje dia tak da pengkhususan umur pun untuk produk ni :)

      Delete
  6. okay awak....tq...hihi

    ReplyDelete
  7. Yg set tuu harga brpa? Nk try la nano white nii...sbb dua tiga hari nii rsa silap pkai pncuci then muka rasa gatal n naik jerawat
    Haha..frust jgak la, btw share jap harga nano white fresh set ni..thanks akak 😊

    ReplyDelete
  8. yg satu set tu harga dia dalam rm28 :D sma2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh..ada jual kat guardian ka?
      Klu sensitive skin bleh pkai dk? Huhuu...klu bleh mmg nk try sgt2 tpi kna tnggu sebulan la nk bgi neutral 😷

      Delete
    2. guardian saya tak pasti la pulak sbb tak nmpk ada yg satu set mcm tu , kalau dekat watsons insyaAllah ada lg while stock lasts . saya pun jenis kulit agak sensitif jugak , asal tak kna produk ja akan naik bintik2 merah kat pipi , tapi lpas pakai produk ni dah hilang smua bintik2 merah tu :D

      Delete
  9. sy nk tnye lg...hehee....sebelum pakai scrub tu kne pki pencuci nye jgk ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu pun , tapi kalau rasa nak cuci dulu apa salahnya , cumanya lepas pakai scrub , apply la moisturiser ^^ supaya kulit moist:)

      Delete
  10. Salam, nano fresh ni boleh crah kn kulit ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak cerahkan kulit lepas sunburn tu boleh , kalau nak putih lagi daripada warna kulit asal rasanya tak . kalau nak putih , gunalah produk yg ada kandungan collagen mcm iklan dlm tv tu bnyk jenama ada :)

      Delete
    2. Nano fresh ni bleh gna skali ngn nano night krim ka? Ka nano night tuu unt org tua?

      Delete
    3. boleha je :) jenama nano white yg khas utk org yg tua skit tu cuma yg serum dlm botol warna coklat

      Delete
    4. Owhh haha, tq sis ☺
      Bru dua hari pkai...wahh mmg fresh muka lpas cuci, mcm falling in love dh ni, hehe 😆

      Delete
    5. kan3 >.< mmg fall in love 200% ^^

      Delete
  11. Corrector tuu nk pkai satu muka ka letak dkat bekas jerawat?

    ReplyDelete
  12. sis,kalau packaging tu ada lima item tu lah? sbb saya beli 3 item yg first tu memang mahal .tu bkn semua agi .

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg dlm packaging tu cuma ada 3 item saja , cleanser , moisturiser & corrector :) yg lagi dua kena beli asing . mmg mahal la sikit , yg miracle mist tu sebotol dalam rm 20 la jugak . yg scrub sis terlupa brapa hrga sebotol

      Delete
  13. memang berkesan k?? bagi sis lah .kalau miracle mist tu tak perlu pakai takpe kan?cuma anti dullness scrub mcm tertarik je nk pakai.Sis pakai semua item tu k??

    ReplyDelete
    Replies
    1. for me yes , sbb nmpk perubahan lps hancur pakai jenama TUTTT . yg miracle mist tu takyah pakai pun takpa , sbb dia tak bgi effect apa2 pun , sma ja function dia mcm skrg yg femes 'beauty water' yg ada dua jenis tu ,2.5 & 6.0 pH value . sis pkai smua yg kat atas tu ~ mist tu bwk bila pergi jalan2 jauh je :D

      Delete
  14. sis pakai berapa item?Sis pakai berapa lama baru nampak effect??Saya rasa cam interested je dgn scrub tu .

    ReplyDelete
  15. guna 3 yg main aje waktu tu , dlm sebulan lebih la jugak nmpk perubahan , sbb time tu sibuk nak spm tak sempat sgt nak jaga muka elok2 . cuci muka pun bila rasa dah muak tgk buku hihi tpi kalau rajin jga insyaAllah cepat la :D

    ReplyDelete
  16. Betul x ea cara pemakaian saya?
    Cleanser+mosturiser+miracle mist
    Or klu dah pakai moisturiser x payah pakai miracle mist?

    ReplyDelete
  17. Sis klu pkai mosturiser tu mmg pedih ka mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau rsa pedih tu , maksudnya tak sesuai la kot dgn kulit awak . bru try pakai jugak ke ? :)

      Delete
  18. Ya bru..sbb sblum ni pkai local product hmm bila stop..pham2 ja la, bleh nngis rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh ya ka , tpi dah awk kta pkai moisturiser rasa pedih , mungkin yg ini dah tak ssuai la utk skin awk , sbb saya pakai tak rasa pedih2 pun , dia akn rsa pipi lembut , anjal mcm tu la

      Delete
  19. Sis, normal ke kalau ada tumbuh jerawat/bintik-bintik kecil dalam first or two weeks pakai camtu? Saya pakai satu set except scrub. Miracle mist kadang2 je pakai. Tapi okay laa yang paling nampak sekali perubahan, kulit jadi makin licin dan lembut~ :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh rasanya normal lah bila dah bru start pakai kan .. waktu sis mula2 ada jugak naik skit2 kat dahi , tapi kalau lah lepas ni berterusan ataupun makin jadi lebih teruk mcm kulit rsa pedih ke bila pakai , it means tak sesuai lah :) apapun tahniah kulit makin gebu ~~ :D

      Delete
  20. sis, kalau saya pakai corrector je camana? boleh ke? ke nak kenapa pakai moist jugak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kalau pakai mcm tu saja pun :) kalau nak guna moist jenama lain pun takpa

      Delete
  21. Sis, miracle mist tu pakai last sekali ke, lepas dah cuci muka, pakai moisturizer semua tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep last sekali :) and bila2 rasa nak pakai pun boleh

      Delete
  22. Thanks for answering :D lagi satu, lepas kita pakai dark spot corrector kan, kena tunggu DSC tu kering sikit baru letak moisturiser atau boleh terus sapu je? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya akan tunggu corrector tu kering sikit baru sapu moisturiser :)

      Delete
  23. jerawat boleh hilang ke tanpa pakai dark spot corrector tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kalau awk tak picit2 dia , biarkan dia surut sendiri , nnti tak adalah parut tinggal kat muka :) kalau ada yg berparut , gunalah dark spot corrector tau ^^

      Delete
  24. kalau tak guna dark spot corrector tu, jerawat boleh hilang jugak ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh :) cuma banyakkan bersabar , biarkan dia surut sendiri :3

      Delete
  25. Salam sis. Nk tnya scrub tu pakai masa mana? Slps cleanser ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam :) scrub tu tak kisah nak pakai waktu bila-bila pun actually , lps cleanser pun boleh . slalu sis guna time sblom nak tidur , lpas cuci scrub tu sis akan sapukan moisturiser pulak :) pastu bumppppp kroih kroih boleh tido hahaha

      Delete
    2. Okey.. betul tak cara saya pakai ni
      Cleanser+scrub(2kali smnggu)+correcter+moisturiser

      Delete
    3. ohh yeah bijak sekali ^^ betul :D moga2 kulit lebih sihat dan gebu ~~~ :*

      Delete
  26. Hai sis. Kalau utk kulit kering, boleh ke pakai nano ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai jugak :) sudah semestinya boleh sbb produk ni direka buat smua jenis kulit , tpi kalau someone yg kulit jenis kering , sis cadangkn awk guna moisturiser tu selalu tau ! :D

      Delete
  27. Salam sis, corrector tu bole hilangkan blackhead ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam awak , maaf lah sis tak sure la pulak awak sbb sis tak ada blackhead and on description by nano sndri pun sis tak prasan la pulak ada ckp pasal blackhead. emm kalau awak nak try boleh lah kot ? maaf ye :(

      Delete
  28. Yay sis nk share..sblum ni yup muka mmg jrawat sbb pkai produk tah apa2, then dkat one month alhamdulillah muka dh x tmbuh jrawat
    And ari ni bru semangat nk pkai scrub...hehee,sis nk tnya corrector tu mmg lmbat ehh nk bgi kesan unt hilang parut jerawat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh ^^ tahniah3 ~~~ dah tak naik jerawat , emm lmbt la jugak nk hilang parut jerawat tu ... tpi cepat bgi jerawat surut , haritu naik satu jerawat kt hidung , nmpk2 je terus sapu corrector tu lpas 3 hari hilang terus tak jadi nak naik jerawat tu :3

      Delete
  29. klau sy pkai moisturiser tu then trus pkai nano white day renew cream boleh ke? ke kna pkai slah satu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf ye awak , saya lmbt reply , ya boleh pakai kedua - dua sekali , sbb kalau tak silap , function dia tak sama :)

      Delete
  30. thnks kongsi pengalaman. ni bru je lps pg beli lps bc blog anis

    ReplyDelete
  31. kalau pakai , produk ni sekarang , muka anis macm mana ? satu lagi . produk ni mncerahkan x ?✌

    ReplyDelete
    Replies
    1. muka skrg seriously , makin lembut ^^ yep makin cerah jugak , skrg muka anis tgh sunburn sbb bru habis kelas memandu , and tiap tiap hari cuci muka , nampak dah makin cerah & kembali ke asal :D

      Delete
  32. sama2 :D gembira dpt mmbantu , singgah lagi tau kalau2 nak bertanya apa2 :)

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum sis , nak tanya harga DARK SPOT CORRECTOR dan ANTI DULLNESS SCRUB
    berapa ??

    ReplyDelete
  34. Salam sis , nak tahu berapa harga Mist , Corrector dan Scrub ??

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum sis , nak tanya berapa harga Mist , Corrector dan Scrub tu berapa ??

    ReplyDelete
  36. Harga ni yg sis beli kat watsons tau , kalau kt kdai lain tak sure la brapa . ANTI DULLNESS SCRUB 80ML RM17.90 / DARK SPOT CORRECTOR RM18.50 / FOAM CLEANSER 100ML RM 15.90 / MOISTURISER RM21.50 . Ni price biasa , skrg watsons ada promotion utk smua item ni smpai 30 mac so hurry and grab them , terutamanya moisturiser & dark spot cotrrector yg agak mahal harganya tu for me as a student .

    ReplyDelete
  37. sis kalau keluar rumah sis apply apa eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kluar rumah sis pakai mosituriser dulu , then sis ada guna foundation from silkygirl , lepas habis bermake up gitu , sis spray sikit miracle mist tu :)

      Delete
  38. Salam, saya pakai cleanser, corrector dengan moisturiser. Lepas tu, boleh je kan kalau saya nak pakai foundation or bb cream.

    ReplyDelete
  39. scrub boleh hilangkan blackhead tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak rasanya , sbb scrub ni lebih kepada pembersihan pori2 yang tersumbat kotoran , dan pembuangan sel-sel mati .

      Delete
  40. Sis if using tht miracle mist afte make up bole kah ?

    ReplyDelete
  41. Anis maaf saya terlambat tapi tlgla reply! Hmm ur skin jenis oily ke? I jenis dry boleh ke pakai eh nano whitebfresh yg formulated utk oily skin ni?;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpa , anis punya jenis oily di T-Zone but kering kat lain :) walaupun specially formulated for oily skin , tpi slama yg anis guna produk ni hasilnya thumbs up ! sesuai for me tak irritate mcm jenama lain dan kulit rsa moist :)

      Delete
  42. hai sis... nak tnya dark spot corrector tu brkesan utk hilngkn parut jerawat?? lame x kesan nya..?? spnjang yg sis pakai brkesan x?? sorry bnyak tanya., x confident sgt..he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai ^^ ya berkesan for me , kalau parut dah lma kat muka dlm seminggu guna boleh hilang :D kalau parut tu baru dlm 2-3 hari dah hilang :) spanjang guna ni berkesan sgt2 ~~

      Delete
  43. Salam ais .nak tnye lps gne cleanser ,trs jela ye pakai mist? Klu sye bli 2 tu je .tq sis😃😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. its okay typo :) aha, ya pakai macam tu :D

      Delete
  44. Em hai kak anisss ! Farihah nak try senanya nano white ni . Tapi takut sebab kulit ni sensitif sgt . Dulu guna garnier makin naik jerawat merata hahahah . So far kulit kak anis okay ? Dulu kulit akak macam mana ? Emm , palingg akak suka pakai dalam nano white ni apa eh ? Kalau guna pencuci muka , pastu pakai mosturize dgn mist je okay ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai farihah ^^ so far ye kak anis okay sensagat pakai produk ni , dulu kulit kak anis naik mcm bintik2 merah lpas tak ssuai pkai produk TUTTTTTT . lpas pakai nano ni , bintik2 tu mula hilang and bekas parut jerawat pun hilang , plus kulit yg sunburn tu jadi cerah balik :) yg paling best dlm produk ni moisturiser dia :D okay je nak pakai 3 produk tu pun ~~~ nnti lpas dah cuba inform sini tau mcm mana :)

      Delete
  45. Assalamualaikum hai, saya baru nak try miracle mist dia. So awak still pakai product atau tak skrg? Still okay dgn kulit awak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam , ya :) masih pakai cumanya saya akan spray mist tu lpas pakai moisturiser , kalau saya spray sblum tu , rasa kulit jadi pedih :( mist buat muka rasa segar sikit lepas lama saya terdedah kat luar ~~

      Delete
  46. assalamualaikum sis.. tumpang tanya da pendapat atau pun tips ya sis,,:) saya ni muka pun agak sensitif dan banyak jerawat pasir di dahi, jerawat batu kurang.. cuma selalu ada tumbuh macam jerawat tapi tak sempat nak masak. dia macam terbantut kat dalam muka saya ni.so sesuai tak guna product ni? sekarang ni saya guna product nutox..product tu bagus,,cuma macam tak function dengan muka saya.. maybe dia bukan untuk acne punya product. saya macam berminatnak cuba product ni. bagi pendapat sis rasa ok tak kalau saya tukar ke product ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya waalaikumussalam :) ok , kalau ikut pndapat rsanya boleh la try pakai nano ni , jnama ni formulated for oily skin ,tpi for me yg ada combo skin pkai ok ja :D rsanya muka jdi berjerawat tu sbb berminyak pastu tersumbat kat pori2 muka , kalau nk cuba pkai nano , beli yg 3 basic tu cleanser ,moisturiser & corrector :) skrg ni tak sure la kat kedai masih ada stok lg atau tak utk basic kit tu nnti kalau dah cuba kalau ada prubahan ka atau tak ke , inform ye :)

      Delete
  47. hai kak anis ^^ nak tanya , kalau nk pakai scrub sebelum cuci muka or slepas cuci muka ?, tq:')

    ReplyDelete
    Replies
    1. haiiii :D pakai scrub lepas cuci muka selalunya ^^

      Delete
  48. apa yng terjadi lps Akak pakai dark spot corrector tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry lmbt reply ye , lpas pkai corrector tu parut jerawat hilang , pastu jerawat yg baru nak naik pulak jadi terbantut trus hilang :)

      Delete
  49. Lepas sembur miracle mist tu muka saya terasa pedih sikit. Maknanya tak sesuai kahh? 😩

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu saya tak pasti sbb saya prnh jugak rsa pedih2 mcm tu lepas saya trus spray lpas guna moisturiser , tpi bila saya spray lepas pakai makeup ke tak pulak pedihnya , takpun lpas 10 minit mcm tu pakai moisturiser ,bila spray tak rasa pedih langsung =='

      Delete
  50. Assalamualaikum kak anis^_^
    nk mintak pendapat..muka sye ni berjerawat penuh satu muka:(
    Kalau pakai nano white fresh ni elok x.

    Harga bagi satu set lengkap bape??

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam :)
      ya smemangnya produk direka utk org yg ada masalah jerawat & berminyak , kalau nak lg cepat nmpk efektif , kena la minum air kosong bnyk2 disamping pakai nano white fresh ni , harga satu set mcm yg dlm gmbr kat ats tu dlm RM28 , kalau beli asing2 , mungkin dalam RM35

      Delete
    2. harga yang kak anis mention kan ni , cuma cleanser , moisturiser dengan dark corrector nano white fresh ni sebab 3 tu dikira mcam basic lah :)

      Delete
  51. Assalamualaikum
    Muka sye ni brjerawat penuh satu muka:(
    Kalau pakai nano white fresh ni elok x

    Bole nyatakan harga satu set lengkap nk tau kalau cukup bajet haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam , adik yg post soalan yg atas tadi ke? kak anis dah jawab kan dah yg atas tu :)

      Delete
  52. nak tanya kalau lps apply moisturiser tu saya pakai cc cream then bedak takpa ke? and boleh ke saya pakai moisturiser sebelum tidur?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye boleh mmg tujuan pakai moisturiser sblum apa2 makeup nk elakkan kulit kering :) pkai sbelum tidur pun tak jadi masalah :)

      Delete
  53. Assalam..boleh ke menghilangkan jerawat kalau guna 3 je iaitu cleanser,miracle mist dan moisturiser?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes boleh :) lg berkesan kalau guna corrector tu sbb anis calit kan corrector tu dekat jerawat , pastu cepat surut & tak tinggal parut

      Delete
  54. Hi sis saya nak tanya pakej nano white yg rm28++ tu masih ada d pasaran ke? Selain d Guardian

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi ! sis tak pasti la pulak , sebab banyak kali pergi watsons & guardian berdekatan rumah dah habis :(

      Delete
    2. but for now , kalau nak beli loose ni sis tunjukkan harga skrg sbb guardian & watsons tgh buat promosi
      watsons - cleanser 100ML + moisturiser 50M + corrector 15ML = RM 47.53
      guardian - cleanser 100ML + moisturiser 50M + corrector 15ML = RM 44.72
      mmg kalau beli loose mcm ni , mahal :3

      Delete
  55. Assalamualaikum kak anis 😉 nk tanya halal tak nano white ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya waalaikumussalam :) ye halal , ada logo jakim kat kotak dia :)

      Delete
  56. Sis , knp sy pkai moisturiser tu jdi pedih jee . Klau nk prg skolah pun rse mcm x selesa je kulit . Pedih sgt

    ReplyDelete
  57. ya, adik saya baru guna minggu lepas..tiba2 semalam dia cal saya kata kulit muka dia gatal, merah and timbul ruam2 merah and pedih. Takut tengok. Kesian pulak dia. Bila saya tengok balik.. maybe sebab sea algae kot? sebab dia alah pada seafood based. Just my thought.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin jugak , jadi baik berhenti gunakan sebelum teruk pulak kulit tu

      Delete
  58. Saya pakai dark corrector ngn moisteriser ni memang berminyak ke??.. sbb saya bgun dri tidur muka saya berminyak.. kenaoa ek??

    ReplyDelete
  59. Hii! Just nak tanya sis cuci muka bape kali sehari? Sebelum tidur cuci muka ke? Pastu pakai moisturiser ea?

    ReplyDelete
  60. السلام عليكم sis, pakai corrector tapi tak pakai moisturizer boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya waalaikumussalam, boleh kalau nak pakai corrector saja :D

      Delete
  61. Nano white the best product..😀😀..dulu muka sy bnyk jerawat...jerawat pasir & batu...mmg tyme tu malu giler...huhuhu...kwn sy syorkan guna nano white...sy guna nano yg lama tu...since 2011...stelah sebulan penggunaan smua jerawt hilang...kwn2 pun tnya product apa sy pkai...hihihi...smpai skrg sy setia dgn Nano white...day muncul Nano white fresh...I'll pkai itu dah...same product...just Ada tambah fresh...hihihi...mmg betul2 fresh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang hilangke jerawat.muka licin je ke? Pakai yang mane je nak hilangkan jerawat nih?

      Delete
  62. Kak saya nak tanya, lepas cuci muka tu kan.. pakai dark corrector spot kan.. lepastu kena tunggu kering dark sport corrector tu dulu baru pakai moisturiser pulak ye? Kalau ye,kena basuh muka x sebelum pakai moisturiser tu.? Ty..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh , kak anis slalu tunggu corrector tu kering dulu baru pakai moisturiser , tak perlu cuci muka sebelum guna moisturiser tu :)

      Delete
  63. Selain watsons kat mana lagi boleh beli this product

    ReplyDelete
    Replies
    1. guardian, pastu pasaraya mcm mydin,tesco,aeon,giant , pasaraya biasa pun ada :D

      Delete
  64. foam cleanser boleh pakai dengan awakening snow tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. awakening snow tu kalau tak silap pencuci muka jugak, jadi function dia rsanya sma jugak , agak membazir kalau nak guna kedua dua skali

      Delete
  65. Dark spot corrector tu blh tarok bwh mata ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ltak bawah mata nk hilangkan eye bag tak boleh , sbb tu bukan function dia

      Delete
  66. Dekat watson ade jual ke satu set? nano white n brape hrga dia klau satu set?dekat eon bukit tinggi ade x ?

    ReplyDelete
  67. info awak sgat berguna. terima kasih

    ReplyDelete
  68. Saya dah try pakai yg utk hilangkan dark spot. tapi dark spot tu bertambah dark :( Dia punya spray tu pun lepas pakai lelama muka jadi berminyak terutama sekali dekat hidung. Agak tak puas hati beli benda ni. Tapi yg dark spot corrector tu wangi sangat :) thi is my view =.=

    ReplyDelete
  69. Nak tanya kalau umur 15 boleh pakai ke? Elok x untuk kulit berjerawat and kena sunburn???

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh, adik boleh try dulu guna nano ni , sebab punca kulit berjerawat tu datang drpd minyak la... produk ni mmg specially formulated utk oily skin

      Delete
  70. Boleh tak buat review untuk cleanser gel nano white *kalau x silap* yg baru tu???

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry sis , sebab saya tak prng lagi try produk tu =='

      Delete
  71. Saya baru je bli nano white foam cleanser. Tapi tak perasan pulak ad pek utk beginner. Bila jumpa blog awak ni rse lagi yakin nak pakai. Hehe. Sbelum ni pakai eversoft tp rse mcm tak pkai je. Takde beza. Muka still lagi berminyak. Tq utk info ni. :)

    ReplyDelete
  72. sye pakai cleaser pastu spray mist n lastly bru pakai moisturiser...btol ke care pmakaian sye

    ReplyDelete
  73. hye assalamualaikum, saye nk tnya after pkai spray mist tu perlu ke kita guna tissue untuk lap semula muka kita atau biarkan smpai kering je? thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam , kita cuma perlu tunggu sampai dia kering aje XD

      Delete
  74. Assalamualaikum.. Lepas saya baca blog ni, saya berminat.. Sekarang ni saya guna garnier, tapi macam takde effect..berminyak Di T-zone.nthen berbintik Di dahi..

    ReplyDelete
  75. Saya nak Tanya, saya ni ahli sukan, umur 15 thn.. Berminyak T-zone..saya guna garnier but xde effect.. Dahi berbintik.. Sesuai tak kalau saya nak guna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes my dear , mmg rasanya kena try produk ni sbb nano white fresh mmg specially formulated for oily skin , try la beli yg basic dulu , dia punya cleanser , moisturiser & spot corrector . nnti corrector sapu kat jerawat & bintik bintik tu :) insyaAllah kalau sesuai mesti akan ada perubahan punya ^^

      Delete
    2. Asalamualaikum sis nak tanya sikit boleh nano white fresh ni umur 13 boleh pakai? Replay please

      Delete
    3. waalaikumussalam :) ya boleh dah start guna ^^

      Delete
  76. Haii nak minta email awak boleh tak? Hee

    ReplyDelete
  77. Sis masa guna mist dia tu kita biarkan dia kering kat muka je ke or kena sapu bagi dia rata ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas spray selalunya sis sapu bagi rata pastu pat pat supaya cepat serap :)

      Delete
  78. Saya nak tanya, lepas pakai mist tu muka mmg akan berminyak ke eh lepas beberapa jam ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya muka kita akan berminyak , anis pun mengalami benda yang sama

      Delete
  79. Nano white takde krim siang/malam ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada .

      NANO WHITE DAY RENEW CREAM - RM 38
      NANO WHITE NIGHT REPAIR CREAM - RM42

      Delete
  80. Anti dullness pakai selepas foam cleanser ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya , tapi anti dullness scrub tu cuma dipakai 2-3 kali sahaja dlm seminggu :)

      Delete
  81. Terbeliiiiiii nano white fresh miracle mist!!! Hm nak beli moisturizer dia sebenarnyaaa huaaaa. Bazirrrr. Saya beli RM28 kat guardian nak letgo RM25 free pos. Kalau ada yang nak whatsapp kita eh 01136165710 �� Thankyou for this review anis. Tgh cari review ytk moisturizer hehehh

    ReplyDelete
  82. Sis.. Klu muke yg berjerawat pasir sesuai ke pakai produk nih... Pliss reply

    ReplyDelete
  83. sis produk ni boleh kcilkan pori x ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepanjang sis guna produk ni , tak rasa pun pores makin kecil , jadi rasanya tak .

      Delete
  84. Bolehkah sya gna miracle mist ni tiap mlm jk?

    ReplyDelete
  85. I mean sblum mw tidur..

    ReplyDelete
  86. Klau kte pkai produk tu campur2 boleh ke?
    Means nanowhite fresh + nanowhte biase

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu lah pulak mcm mana, sebab pakai yg set nano white fresh saja, boleh try tanya org kat watsons tu :)

      Delete
  87. Boleh ke pkai cmpur2?

    ReplyDelete
  88. Hai sis sye nk tnye, kalau pakai nano lrpastu pakai gel lidah buaya blh ke?? Ke urutan salah

    ReplyDelete
  89. Kalau yang corrector tu,letak kat jerawat pasir hilang ke sis??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jerawat pasir selama ni tak dak bagi kesan pun kalau pakai :(

      Delete
    2. boleh try aloe vera penutup biru. ade jual kt guardian tk smpai rm10

      Delete
  90. Hi anis! Act i baru nk cuba this produk sooo i need your help supaya i lbih yakin nk try, i nk tnya. This produk suitable for ALL SKIN TYPES tak ye? Sbb tkut naik jerawat lagi 😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi ^^ yes nano white fresh ni suitable for all tapi kalau cleanser dia anis tak galakkan pakai yg dlm bentuk gel sebab ada bahan yang tak sesuai ngan kulit

      Delete
  91. Saya pun guna nanowhite..tapi tak sesuai dengan kulit..jadi dari membazir,saya let go jer la..
    *nano omega day shield
    *cell moist whitenor
    *cleasing milk
    *treatment toner

    semua masih banyak lagi RM70 terasuk postage.Kalau ikut kan,saya beli dulu RM110.Siapa berminat,boleh direct email nuradel89@gmail.com atau wssp nur(0136892458)

    ReplyDelete
  92. Kak anis, pakai cleanser + corrector + moisturizer + miracle mist. Itu je kan? And then boleh tempek bedak macam biasa? Kalau pakai sehari sekali je boleh ke? Macam nak pakai waktu pegi kelas je, boleh ke? Mohon pencerahan huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul dah apa yang awak jelaskan kat atas ni :") mintak maaf sebab lambat reply

      Delete
  93. kalau lepas guna dark spot corrector tu,perlu cuci dulu baru guna nano white mattifying moisturizer kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh tak yah basuh dah, boleh terus guna moisturiser tu :)

      Delete
  94. Nanowhite fresh ni memang xd toner ke Kak.
    Slalu produk lain Ada sdia toner. Kiranya yg gnti toner tu yg spray tu le ye Kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah nak dikatakan mcm tu, tapi kak anis pakai yg spray tu sbgai mist je, toner pulak kak anis pakai nano white refining treatment toner yg botol putih penutup hijau

      Delete
  95. Nano white fresh ni 100% organik ke?

    ReplyDelete
  96. hai sis. baru baca entry sis ni tahun 2017 hahaha. yg dlm packaging 3 tu. size dy besar ke? atau pun mcm set trial je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya size dia normal :) bukan in trial size

      Delete
  97. Hi. kalau jenis yg tk makeup and pakai bedak boleh je ke guna moisturizer then keluar?

    ReplyDelete
  98. I just bought all of then except for mask and milk.. Confius jap, can anyone varify my steps, either betul ke tak . hhhbhahahah

    Siang (Mandi pagi)
    Foam Cleanser > Miracle Mist > Dark Spot Corrector > Mattifying Moisturiser


    Malam (Mandi malam)
    Foam Cleanser > Miracle Mist > Dark Spot Corrector > Mattifying Moisturiser > Aqua Sleeping Essence


    Helpppppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak, saya nk tnya, klau untuk malam, after saya guna cleanser > treatment toner yg penutup hijau tu terus aqua sleeping essence tu sesuai ke kak? x sapu mattifying moisturiser tu ?

      soalan kedua hehe :D
      and klau saya after cuci muka trus apply toner or moisturiser je boleh jugak tak ?

      maaf kak bnyak pulak soalan sbb br nk mula hehehe. tk !

      Delete
    2. 1. boleh terus guna sleeping essence tu sebab formula dia dgn moisturiser sama :D

      2. boleh! sebab saya pun selalu guna dua tu je bila dah part malas sngat =='

      Delete
  99. As salam sis. Saya nk tanya,jenama nano white ni boleh hilangkan dark circle tk?

    ReplyDelete
  100. Hai sis. Nak tanya, produk nano white ni boleh hilangkan dark circle tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai ! jawapan nya adalah tidak. kalau nak hilangkan dark circle kena pakai yang ini

      Nano White Eye Brightener
      http://nanowhite.com.my/portfolio/nanowhite-eye-brightener-15ml/

      Delete
    2. Ouh Ok. thanks sis

      Delete

Thank you for dropping some comment and have a nice day! 😉